Terjahan Arjuna bukan untuk mencari siapa yang salah dan siapa yang benar tapi .... terjahan Arjuna untuk mencari kebenaran dan keadilan serta keharmonian
Saturday, 15 October 2011
CBI panggil Ananda Krishnan
Sedikit masa dahulu kita rakyat Malaysia telah di kejutkan dengan skandal rasuah yang berjumlah jutaan ringgit diantara ALCATEL-LUCENT dengan TELEKOM MALAYSIA dalam pembahagian projek raksaksa phasa 3 CELCOM BERHAD.
Hari ini sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan skandal rasuah yang merupakan suapan untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga yang terbabit diantara T.Ananda Krishnan , pemilik Maxis Communications Bhd. (Maxis) dengan bekas Menteri Komunikasi India, Dayanidhi Maran berhubung kaitannya dalam penjualan Aircel.
Biri Siasatan Pusat (CBI) telah memfailkan kes ke atas adik-beradik Maran, Ananda, Marshall dan tiga lagi syarikat iaitu Astro All Asia Networks, Sun Direct TV dan Maxis di bawah jenayah konspirasi dan Akta Membanteras Rasuah.
Agensi itu membayangkan akan memanggil pemilik sebuah syarikat telekomunikasi dari Malaysia, T. Ananda Krishnan (gambar) untuk disoal siasat berhubung kaitannya dalam penjualan Aircel kepada syarikat Maxis Communications Bhd. (Maxis) yang mencetuskan kontroversi.
Dah kaya nak kaya lagi......Apa nak kata!
Tamak!.....Tamak!.....Tamak!.....Manusia selalu bersifat tamak, tak tahu nak bersyukur dengan apa yang tuhan beri
Dr M mahu PRU-13 dilambatkan: Salahkan Pakatan, takutkan Najib
Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah menolak lagi waktu pilihanraya umum ke 13, menyalahkan Pakatan Rakyat diatas kelewatan itu, sementara menakut-nakutkan Perdana Menteri Najib Razak.
Menurut Mahathir, Pakatan yang diketuai Anwar Ibrahim itu, berkebarangkalian untuk tidak membubarkan Dewan Negeri di negeri-negeri pegangan mereka jika pilihanraya mengejut diadakan terlalu awal.
Dan ini adalah benar.





