Search This Blog

Loading...

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday, 29 October 2012

Wanita mabuk dicampak keluar





SYDNEY- Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam.

Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan.


Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki.

>Info Paut : Isu Umum - Mabuk
Global Promotion Alliance



Wanita terbabit juga kelihatan meludah dan memaki sambil memukul-mukul mereka secara tidak keruan.

Selepas beberapa minit bergelut, seorang lelaki agak berusia cuba mententeramkan keadaan dan memujuk wanita itu tetapi malangnya dia pula dipukul.

Terkejut dengan serangan itu, sekumpulan lelaki memberi amaran supaya tidak memukul lelaki berkenaan dan memisahkan mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Ketika lelaki terbabit beredar, wanita itu menolaknya dengan kuat. Akibat tidak tahan dengan kata-kata kesan dan tingkah-laku wanita itu, kira-kira lima lelaki berpakat menangkapnya dan memaksa dia keluar dari tren.

Apabila tren itu berhenti di sebuah stesen, mereka membuang barangan wanita terbabit ke tepi landasan sebelum dia sendiri ditolak keluar.

Wanita itu kemudian dilihat cuba mengadu kepada seseorang dipercayai kakitangan komuter di stesen berkenaan.




ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com