Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday 18 November 2013

KANAK-KANAK PEREMPUAN MATI DISYAKI DIDERA DI BESUT





 photo mangsa-dera_zpsf17353e1.jpg

Kanak-kanak Perempuan Mati Disyaki Didera Di Besut

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai mangsa dera meninggal dunia semasa tiba untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besut malam tadi. 

Putri Nur Qtistina Balqis Abdullah dibawa ke hospital berkenaan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) setelah ibunya dan seorang wanita dipercayai keluarga angkatnya datang ke pejabat JPAM Besut untuk meminta bantuan. 

Kanak-kanak malang bersama ibunya berusia 23 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal berasal dari Johor dikatakan tinggal menumpang di rumah keluarga angkat di Kampung Seberang Jerteh.

Ibu kanak-kanak itu telah mengendong anaknya dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri, berjalan sejauh kira-kira 100 meter dari rumah ke pejabat JPAM Besut untuk mendapatkan bantuan. 

Walau bagaimanapun, mangsa yang mengalami kesan lebam dan luka di badannya disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital kira-kira pukul 8 malam. 

Seorang saksi yang enggan dikenali ketika ditemui memberitahu, ibu mangsa tiba di pejabat JPAM ditemani seorang wanita ibu tunggal yang merupakan keluarga angkatnya dalam keadaan cemas meminta bantuan anggota JPAM.

"Wanita yang dikatakan keluarga angkat itu meminta bantuan anggota JPAM supaya menghantar kanak-kanak perempuan itu ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan. 

"Apabila ditanya sebab kecederaan pada badan anaknya seperti lebam dan luka di bawah mata sebelah kanan kanak-kanak itu, ibu muda itu memberitahu anaknya terjatuh dalam bilik air. 

"Saya panik melihat keadaan kanak-kanak itu dan apabila disentuh badannya memang sudah sejuk dan saya rasa dia sudah meninggal dunia tetapi tidak sampai hati untuk memberitahu ibunya," ujar saksi berkenaan. 

Difahamkan, ibu muda terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tinggal bersama keluarga angkat yang mempunyai lima anak termasuk seorang kurang upaya (OKU) sejak tiga tahun lalu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd Zakaria berkata, doktor yang membuat pemeriksaan fizikal terhadap kanak-kanak itu menemui kesan lebam di dahi, pipi dan belakang badan mangsa serta luka di bawah mata sebelah kanan. 

"Ibu mangsa telah dipanggil untuk diambil kenyataan. Polis masih menjalankan siasatan tetapi belum dapat mengklasifikasikan kes itu sebagai dera sehingga hasil bedah siasat terhadap mangsa diperoleh," katanya.






No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com