L
ebih daripada 4 tahun telah berlalu namun mahkamah di Malaysia masih melengah-lengahkan saman bernilai RM100 juta daripada ibu bapa Altantuya Shaariibuu, rakyat Mongolia yang dibunuh di Malaysia yang didakwa mempunyai hubungan dengan kes rasuah yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan pembelian kapal selam Scorpene daripada syarikat Perancis DCN.
Bapanya Setev Shaariibuu telah menghantar satu lagi surat ke pihak mahkamah Malaysia, tetapi suratnya itu akan mendapat nasib yang sama dengan peringatan-peringatan sebelumnya – disimpan dan didiamkan! Walau bagaimanapun, kali ini, Setev dan isterinya Altantsetseg Sanjaa telah mengambil satu lagi langkah tambahan iaitu merayu kepada pembuat undang-undang Malaysia untuk pengadilan.


