Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 16 October 2011

Adakah Naijb menyorokkan sesuatu? Laporan audit masih hilang





Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sedang berang. Sidang Parlimen sudah hampir menjelang dua minggu, tetapi, laporan Ketua Audit masih belum diserahkan ke Dewan. Mereka juga bimbang sekiranya terdapat perkara-perkara di dalam laporan itu yang cuba disorokkan oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita merancang untuk memfailkan usul berkenaan perkara ini kerana hari ini adalah hari keempat kita berdebat soal Belanjawan 2012, tetapi laporan masih belum ada,” Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar memberitahu sidang media di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Komplot pastikan Zambry bukan MB







"Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13".

Aku dah agak dah, mamak haram seko ni tak akan lama atau kekal menjadi MB Perak. Banyak sangat bahana yang mamak ni ujudkan. MB bidan terjun katakan.

Kes terbaru yang mamak ni ujudkan ialah pemberian tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375. Maka sudah tentu la ramai didalam UMNO tidak setuju atau gembira dengan tindakan mamat haram ni.Lagi pun juak juak UMNO ni semuanya tamak tamak belaka. 

Ada desas desus dari sumber dalaman UMNO bahawa satu konspirasi telah diujudkan untuk memastikan simamak haram ni tidak akan menduduki kerusi MB lagi

Pancung!.....jangan tak pancung..... Pancung!.....jangan tak pancung

Kah!.....Kah!.....Kah!.....kamu tau la nasib kamu nanti


Ramai ahli Umno Perak tidak gembira dengan pemberian tanah oleh Menteri Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir kepada kroninya.

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.
“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.
Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.
Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.
Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.
“Sebelum PRU 2008 Zambry pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebalikna mereka yang kalah,” tambah Ngeh.


‘Bukan dosa saya’






Inilah lumrah hidup. Manusia mudah lupa.Hati tak pernah menipu. Tapi kalau terlalu taksub kepadanya, kita mati.


Nafsu!.....Nafsu adalah musuh manusia, tapi tanpa nafsu siapa lah kita. Apabila nafsu menguasai manusia, huru haralah kehidupan dan rosaklah akidah seseorang itu. Lupa segala galanya. Lupa diri, lupa asal usul, lupa tatasusila, lupa adab sopan dan lupa dunia.


Rintihan kehidupan seorang jejaka yang malang. Dia tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak luar nikah (anak haram). Ini lah akibatnya apabila manusia dikuasai nafsu.Disebabkan dosa silam kedua dua orang tua, Mohamad Abdullah, 35, hidupnya seolah olah disumpah laknat seumur hidup.


Ikuti kisah selanjutnya, bacalah artikel seterusnya. "BUKAN DOSA SAYA"


Sedih!.....Sedih!.....Sedih!.....



ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com