Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday, 22 November 2011

Media baru, pengundi muda ancaman Umno BN




“Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada Umno BN dalam PRU 13 akan datang,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, kebimbangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.
“Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN





Kah!.....Kah!.....Kah!.....Gali kuboq sendiri
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Dah buang tabiat
Dalam saat saat genting macam ini pun UMNO/BN sanggup lagi mengeluarkan akta akta baru yang dimana diibaratkan mengali kubor sendiri. Aku sendiri hairan dan tertanya tanya otak lembu mana yang dia orang gunapakai untuk menghasilkan akta akta lapuk ini.
Tubuhbadan akta yang sama, hanya pakaiannya saja yang baru dibeli diMaidin  Store.Mungkin bagi dia orang akta tersebut akan kelihatan kemas dan rapi apabila dikenakan dengan baju baru yang juga baru dibeli.
Almaklumlah tubuhbadan akta tersebut kan dah kerepot dan bergendut gendut pula tu.Dah tua sangat sangat tapi nak dibuang sayang pula.
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Menghitung hari
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Bila nak mampusssss

Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semata





Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular.
Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi.
Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com