Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

Lelaki Indonesia aktif seks





Tinjauan syarikat farmaseutikal Pfizer babit 10 negara Asia
JAKARTA- Lelaki Indonesia mengungguli senarai golongan paling kerap melakukan hubungan seks dalam perbandingan yang dibuat di 10 buah negara Asia, lapor satu tinjauan.
“Hasil ‘Tinjauan Seks Ideal di Asia’ terbaru yang dilakukan syarikat farmaseutikal Pfizer, lelaki Indonesia didapati melakukan hubungan seks secara purata 9.8 kali setiap bulan,” kata laporan itu.
Tempat kedua lelaki Filipina, yang melakukan hubungan seks 9.4 kali sebulan, lelaki India purata melakukan 8.8 kali sebulan, manakala lelaki Thai melakukan hubungan seks kira-kira 7.7 kali sebulan.

Tuesday, 22 November 2011

Lelaki Hancurkan Kereta Dengan Tangan Kosong Ala Street Fighter






LELAKI berpakaian seperti salah satu watak video game popular Street Fightermenghancurkan sebuah kereta menggunakan tangan kosong.

Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan menghentak dan mengoyakkan sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu rakaman video di YouTube.

Selepas berulang kali menendang dan menumbuk kereta tersebut, dia kemudiannya meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.

Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.

Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush.





Thursday, 10 November 2011

Lelaki lebih mudah tertipu di internet





LONDON - Menurut keputusan satu kaji selidik terhadap lebih 1,500 pengguna internet di United Kingdom dan Amerika Syarikat, lelaki lebih mudah tertipu di rangkaian laman sosial berbanding wanita.
Ia bukan saja disebabkan oleh wanita yang semula jadinya lebih berhati-hati ketika mendedahkan maklumat peribadi - ia sebenarnya merujuk kepada faktor seks. Kajian yang dianjurkan syarikat perisian anti-virus Bitdefender, berkata, lelaki mudah tertarik terhadap wanita tidak dikenali yang ingin menjadi rakan mereka di laman seperti Facebook.
Apabila mereka sudah memberikan maklumat peribadi, mereka boleh menjadi sasaran dalam jenayah siber.
Tinjauan dilakukan terhadap 1,649 lelaki dan wanita di United Kingdom dan AS, mendedahkan lelaki lebih mudah menerima pelawaan menjadi rakan daripada orang tidak dikenali; mendedahkan lokasi mereka; tidak menghiraukan susun atur peribadi; membiarkan akaun mereka terdedah untuk dilihat orang lain dan gagal membaca polisi laman web.





Thursday, 13 October 2011

Lelaki tak kahwin kerana wanita terlalu sedikit





SIYANI - Ramai lelaki di desa ini, negeri Gujerat, tidak dapat berkahwin kerana bilangan wanita yang jauh berkurangan berbanding kaum lelaki.
Sehingga kini, terdapat lebih 350 lelaki bujang berusia lebih 35 tahun ke atas di desa berkenaan yang dihuni sekitar 8,000 orang.

Thursday, 6 October 2011

Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak





WASHINGTON - Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.
Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.
Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com