Lim Guan Eng mendakwa Umno memaksa pesaing politiknya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya tidak bertanding pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat, sedangkan Presiden Gerakan itu sememangnya mahu turun gelanggang lagi.
Lim (gambar), yang menggantikan Koh sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengumuman senator itu pagi ini menunjukkan “misi Umno kini sudah selesai.”
“Beliau menjadi presiden parti (Gerakan) dan kemudian menteri (di Jabatan Perdana Menteri). Saya merasakan ia bukan kehendak beliau,” kata beliau di sini hari ini.

