Kelab Isteri Taat sekali lagi cuba mencetuskan kontroversi apabila pengasasnya mendakwa seorang lelaki boleh membuat hubungan seks dengan semua isterinya serentak.
Pengasas kelab berkenaan, Hatijah Aam yang juga penulis buku kontroversi, Seks Islam Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia' berkata apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian yang tertinggi dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan boleh melakukan hubungan seks dengan isteri-isternya walaupun mereka berada di tempat yang berasingan.
