Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pihak yang tidak dinamakannya cuba mereka cerita dan menyebarkannya atas nama PERKASA.
"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.