P
eguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.
Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.
Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.
"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.
