Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Jumaat lalu menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan media baru-baru ini.
Memorandum diserahkan sendiri oleh ketua DPPNS Lahirul Latigu kepada wakil setiausaha politik Ketua Menteri, Noorlaimah Marjan di Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.
