M
ISRATA - Keluarga Muammar Gaddafi menuntut jenazah bekas pemimpin Libya yang digulingkan untuk dikebumikan mengikut tradisi orang Islam.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi stesen televisyen pro-Muammar berpejabat di Syria, keluarga Muammar mahu jenazah pemimpin itu, anak Mo’tassim dan mereka yang terbunuh Khamis lalu di bandar kampung halamannya Sirte diserahkan kepada mereka.
