Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Monday, 18 November 2013

KANAK-KANAK PEREMPUAN MATI DISYAKI DIDERA DI BESUT





 photo mangsa-dera_zpsf17353e1.jpg

Kanak-kanak Perempuan Mati Disyaki Didera Di Besut

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai mangsa dera meninggal dunia semasa tiba untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besut malam tadi. 

Putri Nur Qtistina Balqis Abdullah dibawa ke hospital berkenaan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) setelah ibunya dan seorang wanita dipercayai keluarga angkatnya datang ke pejabat JPAM Besut untuk meminta bantuan. 

Kanak-kanak malang bersama ibunya berusia 23 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal berasal dari Johor dikatakan tinggal menumpang di rumah keluarga angkat di Kampung Seberang Jerteh.

Thursday, 5 January 2012

Bilionair China mati makan daging kucing rebus dicampur racun...




Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China menyebabkan penyiasat polis tertanya-tanya sama ada punca kematiannya atau pembunuhannya disebabkan dia makan daging kucing.
Long Liyuan, 49, menemui ajal pada 23 Disember di wilayah Guangdong selepas berkongsi makanan istimewa bahagian selatan negara itu iaitu hidangan daging kucing rebus dengan dua lagi lelaki dalam majlis makan tengahari perniagaan.

Wednesday, 4 January 2012

Kekasih gelap mati dibelasah




Berang selepas mengesyaki isterinya berlaku curang dengan mengadakan hubungan sulit dengan rakannya sendiri, seorang suami membelasah lelaki berkenaan hingga mati dalam kejadian di pinggir bandar raya ini, malam kelmarin.

Friday, 21 October 2011

Gaddafi mati akibat cedera parah, kata pegawai NTC






Seorang demi seorang pemimpin atau bekas pemimpin islam telah dibunuh oleh kaum kafir atau pun kaum yahudi laknatul.Salepas saddam Hussein dan Osama ben Ladim, kini tiba giliran bekas pemimpin Libya, Muammar Gadaffi.


Beliau dilapurkan telah ditangkap dan terbunuh dalam satu serangan jet Nato ketika cuba lari dalam satu konvoi.


Ternyata jelas dunia islam semakin hari semakin lemah dan semakin kucar kacir.


Apa pandangan anda tentang pembunuhan pembunuhan ini?


Patut!.....Tak patut!.....Patut!.....Tak patut!.....


Aku amat sedih sekali........Lagenda lagenda islam dibunuh hanya kerana mempertahankan kedaulatan negara masing masing.



Monday, 10 October 2011

Ditemui mati pada hari jadi





KEPALA BATAS – Dua sahabat yang hilang selepas tenggelam secara tiba-tiba ketika mandi bersama 13 rakan lain di muara Sungai Muda di Kampung Kuala Muda, Penaga di sini kelmarin ditemui mati lemas semalam.
Mayat Mohammad Hafiz Mustapa, 13, ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira satu kilometer dari lokasi dia bersama seorang lagi rakan, Mohd. Harraz Bukhori, 13, tenggelam pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Amat menyedihkan Mohammad Hafiz ditemui mati pada hari dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 semalam.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com