PKR kini menuntut agar pentadbiran Najib mendedahkan minit mesyuarat Kabinet sejak 2006 kepada umum bagi menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat secara langsung dalam penganugerahan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada syarikat suaminya.
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata kenyataan NFC semalam hanya mengesahkan kesemua pendedahan dibuat oleh parti komponen Pakatan Rakyat itu ke atasnya.
