Hari Isnin kira-kira tiga minggu lalu, sedang saya bersantai di ruang tamu sambil membaca bacaan ringan, tiba-tiba konsentrasi saya terganggu apabila terdengar dialog dari sebuah filem di kaca TV yang tidak asing bagi saya.
Saya pun segera menutup lembaran buku tadi dan memberikan perhatian ke rancangan tv yang sedang menayangkan filem Nujum Pak Belalang lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu.
Ya, memang benar seperti yang banyak dikatakan orang, menonton filem-filem lakonan Allahyarham memang tidak menjemukan walaupun filem-filem itu telah ditonton berkali-kali, ia masih menghiburkan.
