Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.
Perjuang agama islam konon! Bangang tak sudah sudah. Biasalah orang kalau dah terdesak hilang segala pertimbangan dan kewarasan fikiran.
Sendiri yang ujudkan masalah sendiri tanggunglah. Dah kena terajang keluar, buat lah cara dah kena terajang. Tak payah sibuk sibuk nak kritik orang ini, orang itu pula. Tak ada kerja lain ke.
Sekarang terserlah sudah pendirian engko selama ini. Engkolah bapa segala parasit dalam parti PAS. Engko gunting dalam lipatan dan engko jugalah api dalam sekam. Membakar kawan kawan dari belakang secara senyap senyap
Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.
Kenapa baru sekarang engko bersuara. Kenapa dulu ibarat lembu lembu UMNO yang dicucuk hidung, diam macam tikus mondok. Sebenarnya kau tak setanding pun dengan nama nama yang telah engko kritik. Jauh panggang daripada api. Kerana mulut badan binasa, kerana ikut kata hati mampus lah engko.
Kah!....kah!....Kah!....usah perdulikan sibakal lembu ini
kah!....kah!....Kah!....Yang penting sekarang...
Lawan tetap lawan!
