Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut'






Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.


Perjuang agama islam konon! Bangang tak sudah sudah. Biasalah orang kalau dah terdesak hilang segala pertimbangan dan kewarasan fikiran.

Sendiri yang ujudkan masalah sendiri tanggunglah. Dah kena terajang keluar, buat lah cara dah kena terajang. Tak payah sibuk sibuk nak kritik orang ini, orang itu pula. Tak ada kerja lain ke.

Sekarang terserlah sudah pendirian engko selama ini. Engkolah bapa segala parasit dalam parti PAS. Engko gunting dalam lipatan dan engko jugalah api dalam sekam. Membakar kawan kawan dari belakang secara senyap senyap


Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.


Kenapa baru sekarang engko bersuara. Kenapa dulu ibarat lembu lembu UMNO yang dicucuk hidung, diam macam tikus mondok. Sebenarnya kau tak setanding pun dengan nama nama yang telah engko kritik. Jauh panggang daripada api. Kerana mulut badan binasa, kerana ikut kata hati mampus lah engko.

Kah!....kah!....Kah!....usah perdulikan sibakal lembu ini

kah!....kah!....Kah!....Yang penting sekarang...

Lawan tetap lawan!

Sunday, 15 January 2012

Saat genting Nik Aziz di hospital





Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini.

"Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!'

"Kalau kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi.


Apa lagi yang harus aku perkatakan tentang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Engko orang fikir sendirilah  berpandukan kepada sebahagian komen2 rakyat Malaysia dibawah ini.


"TIADA PEMIMPIN POLITIK DI MALAYSIA YANG PALING BERSIH SELAIN Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat...SEMOGA TUHAN MEMELIHARA BELIAU DENGAN KESEJAHTERAAN DAN KERAHMATAN...SIAPA SETUJU SILA LIKE"...Man Bai Jr. 


"nik aziz pemimpin yang amanah dan jujur... terbaik untuk semua takbir..... allahuakbarrrrrrrrrr hidup pakatan"Rahman Ramli 


"Allahuakbar.. Ya Allah limpahkanlah kesihatan pada Tok Guru utk memimpin kami ke Putrajaya.amin"Nrrm Man


"pemimpin yang paling aku sayang nik aziz kerana dia lah maknusia yang amanah dan jujur , ya allah beri la kesihatan yan baik untuk tok guru nik aziz .. AMIN".Rahman Ramli 


"salute tok guru nik aziz..walaupun BN MENGAtakan anda nyayuk..sesat..udah dimakan usia...tetapi x ada pemimpin dari kalangan mereka yang sebersih anda"...Hafizul Faiz


"saya amat kagum dengan kepimpinan nik aziz, memang bn selalu cuba memburuk-burukkan beliau dengan segala saluran propaganda, tapi rakyat dapat melihat dengan jelas hati murni nik aziz, semoga beliau terus sihat"Steve Lee 


Ya Allah, kau panjangkanlah usia TG Nik Aziz agar beliau dapat bersama sama seluruh rakyat Malaysia menyaksikan PR menawan Putrajaya....!!! perkenankanlah permintaan hambamu ini Ya Allah..... AMIN ......Salehudin Hanafi 



Wahai kaum kaum dan sukasakat sukusakat UMNO yang terlalu fanatik, apa lagi yang engko orang akan perkatakan. Sudah jelas dan nyata, "rumah kata pergi kubur kata mari"

Kah!....Kah!....Kah!....

Kah!....Kah!....Kah!....

Lawan tetap lawan!



@Sorry bro, aku pinjam engko orang punya komen la. kira halal bro


Sunday, 23 October 2011

Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu?




M
ursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetikHarakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com