M
ursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat.
"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.
"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetikHarakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam.
