Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Mat Sabu: Pakatan dapat 'kerjasama dari dalam' BN




"Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang"

"Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini".


Satu penjelasan yang tidak siapa pun dapat menyangkalkan. Ini adalah satu kenyataan, bukan omongan kosong. Hanya puak puak dan suku sakat BN yang fenatik saja yang akan menafikan kenyataan ini.

Walaupun ianya suatu ajenda tersembunyi, namun sikap ini sudah lama ujud hanya menanti masa yang sesuai sahaja untuk bertindak. Ini bukan sikap atas pagar tapi kita semua faham kenapa ia ajenda tersembunyi. Tidak perlu dijelaskan panjang lebar, siapa makan cili dia lah yang akan merasa kenikmatannya.

Lawan tetap lawan!

Tuesday, 25 October 2011

Anwar beri amaran: BN “terlalu bahaya”, jangan undinya lagi








K
etua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas BN di atas tuduhan seks terkini, kali ini ke atas anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menggesa rakyat untuk menolak kerajaan Perdana Menteri Najib Razak di atas penggunaan politik kotor yang berterusan.

Beliau berkata komlot itu mencerminkan tahap rendahnya pemikiran ahli-ahli politik BN, yang telah sering menimbulkan konspirasi berdasarkan seks untuk mengenakan musuhnya.
“Adalah sangat berbahaya sekiranya BN diberi peluang untuk memerintah sekali lagi kerana apa yang kita lihat hari ini menunjukkan mereka tidak dapat membezakan perkara yang secara moralya betul atau salah dalam politik,” kata Anwar.

Wednesday, 12 October 2011

BN akan jatuh kerana rasuah endemik




Di dalam sejarah negara kita, tidak pernah rasuah berada pada keadaan yang tidak terkawal seperti selama tiga dekad yang lalu. Rasuah menjadi musuh nombor satu yang akhirnya akan merosakkan negara kita dan kita harus berterima kasih kepada kesempatan yang diberi oleh Barisan Nasional untuk kepandaian yang sangat menonjol ini.
Media menonjolkan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Kepada rejim yang sedia ada, selalunya sindrom penafian yang akan menutup retorik mereka apabila isu rasuah dibangkitkan oleh orang ramai dan ini seterusnya akan disokong dan diputar belit oleh media yang pro-kerajaan. Namun begitu, mari kita lihat kembali beberapa sorotan media yang menarik pada tahun-tahun yang lalu mengenai isu-isu berkaitan rasuah di negara ini.
"Sembilan syarikat-syarikat perkapalan Jepun yang mengangkut kayu dari Sarawak,Malaysia, didakwa gagal melaporkan kira-kira 1.1 bilion yen pendapatan secara keseluruhan dalam tempoh selama tujuh tahun telah mendakwa bahawa wang tersebut disogokkan kepada pegawai Sarawak melalui ejen di Hong Kong."

Saturday, 8 October 2011

Bajet 2012: BN anak tiri 12 juta pekerja





KUALA LUMPUR, : Kerajaan BN ternyata terus kekal dengan ketidakadilannya apabila menganaktirikan 12 juta pekerja yang juga rakyat negara ini menerusi Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam.
Menerusi bajet tersebut, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini.

Thursday, 6 October 2011

Bekas teman kolej: Saiful benci Anwar dan berkempen untuk BN pada 2008





Seorang bekas teman kolej pendakwa sodomi, Saiful Bukhari Azlan, telah memberi keterangan bahawa sebalik 'mengagung-agungkan' Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim seperti yang dikatakan olehnya, Saiful sebenarnya benci Anwar, meggelarnya sebagai 'munafik' atau hipokrit di Friendster dan menyeru rakan-rakannya supaya jangan mempercayai Anwar tetapi untuk memberi sokongan kepada BN.
"Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar, sebab dia benci Anwar," Mohd Najwan Halimi memberitahu mahkamah pada hari Selasa.
Najwan masih bekerja sebagai pembantu Anwar dalam kerangka sebagai penasihat ekonomi Selangor. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia sudah mengenali Saiful sejak tahun 2003, di mana mereka tinggal di asrama bersebelahan di Universiti Tenaga Nasional.

Monday, 3 October 2011

Malaysia di bawah BN : Demokrasi kelas tiga?




Pentadbiran negara selama ini dimonopoli oleh Barisan Nasional yang nampaknya ingin memegang tampuk pemerintahan selama-lamanya. Rakyat dikawal dan dijerat agar tidak berdaya melawan dengan pelbagai cara.

Penindasan dan kezaliman dipraktikkan manakala pemimpin baru pula digula-gulakan dan diikat kaki supaya tidak ke mana-mana sehingga pembaharuan gagal dilaksanakan. Jenis demokrasi apakah ini?

Tidak hairanlah Malaysia diletakkan di tangga ke-89 dalam amalan demokrasi tulen. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dicemari dan telah menjadikan Perdana Menteri terlalu berkuasa hinggakan institusi istana tidak langsung berkuasa kecuali dalam hal-ehwal agama Islam sahaja.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com