Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts

Friday, 14 October 2011

Kawan baik Rosmah dapat untung besar di sebalik Bajet 2012



Pi mai pi mai, tang tu juga. Sesiapa pun boleh agak dan boleh teka. Kalau dah jenis tamak, tak pernah merasa hidup senang dan kaya raya, inilah masanya dia nak borong habis semua RM yang ada supaya nanti dah tersedia bekalan yang mencukupi untuk berhijrah dan menetap diluar negara.


Sibetina tonggong ni dia dah dapat rasakan, betapa nanti apabila juak juak B'end dan laki dia kalah tak payah nak fikir panjang lagi.Terus angkat kaki.
Makhluk spesis mana lah boleh ujud dimuka bumi ni. Terlalu menunjuk nunjuk. Dari orang tak tau ngko songlap duir rakyat sampai satu dunia dah tau.


Kesian!.....kesian!.....kesiannnnn!..........‘Engkau dapat seringgit, aku dapat dua ringgit, engkau dapat lagi seringgit, aku pun dapat tiga ringgit’.



Saturday, 8 October 2011

Bajet 2012: BN anak tiri 12 juta pekerja





KUALA LUMPUR, : Kerajaan BN ternyata terus kekal dengan ketidakadilannya apabila menganaktirikan 12 juta pekerja yang juga rakyat negara ini menerusi Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam.
Menerusi bajet tersebut, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini.

Bajet 2012: Hanya dua perkara menyerupai Buku Jingga





Kah.....Kah.....Kah.....Lucu Lucu!


Kah.....Kah.....Kah.....Bangang!


Akhirnya ada juga bangsat yang mengaku Najib cedok Belanjawan dari Pakatan Rakyat.Malaon sekor ni dik kerana terlampau nak mengampu, tak sedo perbuatannya memakan diri sendiri dan juak juak B'end terumatamanya Najib.


Kah.....Kah.....Kah.....


Kah.....Kah.....Kah.....Lantak ngko orang le

Bajet 2012: Najib guna wang untuk tawan pengundi





Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2012 yang penuh dengan peruntukan  bertujuan untuk menarik pengundi kembali kepada BN, tetapi ia segera dikritik oleh bukan sahaja pihak pembangkang tetapi juga pakar-pakar kewangan yang hairan dengan unjuran ekonomi yang terlalu cantik.
Dalam Bajet 2012, Najib meramalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5 hingga 6% manakala defisit menurun kepada 4.7% daripada  5.4% yang diunjurkan pada tahun 2011.
"Itu adalah pandangan yang cukup positif berbanding dengan keadaan dan relatif kepada diri kita sendiri juga. Kita sedang melihat 4% tahun ini dan 4.2% tahun depan. Pertumbuhan separuh kedua haruslah 5.5% untuk capai purata 5 peratus. Ia kelihatan agak optimistik pada pandangan saya, "Chua Hak Bin dari Merrill Lynch Bank of America kepada Reuters.

Friday, 7 October 2011

Bajet 2012; bajet yang akan menyebabkan rakyat hilang akal





KUALA TERENGGANU - Jentera pilihanraya PAS Terengganu disemua peringkat diminta berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata media yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional sedang giat memaparkan propaganda kononnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak benar-benar sedang melakukan transformasi.


Thursday, 6 October 2011

‘Bajet 2012 Pakatan realistik’





Ketika beberapa ahli politik dan persatuan nelayan mendakwa ia bajet bohong, orang ramai melihat ia bajet yang boleh dilaksanakan.

PETALING JAYA:  Rakyat memberi pelbagai pendapat dan reaksi terhadap bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.
Ketika beberapa ahli politik dan persatuan nelayan mendakwa ia bajet bohong, orang ramai melihat ia bajet realistik dan boleh dilaksanakan.
Bajet Pakatan Rakyat memberi fokus kepada usaha membantu rakyat “mengharungi suasana ekonomi yang semakin menghimpit.”

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com