Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Wednesday, 26 October 2011

Penganggur cuba bakar diri depan parlimen








ISLAMABAD - Seorang rakyat Pakistan yang menganggur membakar dirinya sendiri sebagai cubaan membunuh diri di luar parlimen semalam lalu dimasukkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai.
Menurut jurucakap polis, Naeem Iqbal, Raja Khan, bapa kepada dua orang anak yang berasal dari wilayah selatan Sindh, Naushero Feroz menuang minyak ke badannya sebelum bertindak membakar dirinya.
Pegawai polis yang bertugas terus menyelamatkan nyawa lelaki itu dan membawanya ke hospital.
Khan meninggalkan surat berdekatan dengan barang-barangnya iaitu beg baju yang menyatakan dia penat kerana terus berada dalam keadaan miskin.



Saturday, 8 October 2011

Parlimen akan dibubar Isnin?





Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan.
Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu.
Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi. Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan.
Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com