K
etua publisiti DAP Tony Pua hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertindak ke atas timbalannya kerana "memberi sokongan tersirat" kepada blogger pro-Umno yang memfitnah anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Daripada bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan penipuan keji bagi memalukan keluarga ketua menteri Pulau Pinang itu, lebih-lebih lagi kerana mereka adalah pemimpin dan ahli-ahli Umno, (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) memilih mempertahankan mereka yang tidak sepatutnya dimaafkan itu," kata Pua (atas, kanan) dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
