B
ila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan masih menjadi teka-teki semua orang. Namun, ketidaktentuan dan dolak-dalik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membuatkan masa berlalu begitu pantas. PRU-13 mesti diadakan sebelum April 2013, tetapi oleh kerana akan ada pilihanraya parti tahun hadapan, pilihanraya umum tergempar akan diadakan dalam tempoh enam bulan terdekat. Samada suka atau tidak, Najib dan timbalannya mula mendekati pengundi dengan cara mereka sendiri.

