Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday 2 October 2011

MCA bukan lagi pilihan orang Cina?





KUALA LUMPUR: Ramai perwakilan MCA tidak yakin MCA akan menang besar dalam pilihan raya umuk akan datang.
Mereka mendakwa MCA bukan lagi parti tunggal kaum Cina kerana DAP  lebih menonjol dan lebih ke depan dalam isu masyarakat Cina.
Weng Suen Tan berkata, dalam banyak perkara DAP lebih ikhlas membantu masyarakat bawahan orang Cina yang miskin  dan tinggal di kampung.

Jet tempur Eurofighter: Zahid kehabisan duit menyelenggara Scorpene?




Rancangan pembelian jet tempur Eurofighters bagi menggantikan 10 MIG-29 buatan Rusia telah dibekukan sementara ini, menurut Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dipetik menyatakan kerajaan kekurangan dana dan memerlukan dana ini untuk projek-projek lain di bawah Rancangan Malaysia ke-10, antara sebab Kementerian Pertahanan itu mengubah rancangan pembelian itu.
Namun para aktivis yang memantau pembelian senjata berat itu, langkah ini langsung tidak mengejutkan. Mereka telah lama mempersoalkan Kementerian Pertahanan dengan dasar pembelian itu lebih daripada keperluan meningkatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial yang masih tidak membaik.

Ratusan bilion di ‘sita’ dari Petronas: Kenapa Najib membisu?





Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?

Chin Peng dilaporkan koma di Bangkok





KUALA LUMPUR - Bekas ketua gerila komunis Malaysia, Chin Peng dilaporkan kini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di Bangkok. Thailand.
Orang rapat dengan keluarga pemimpin berkata, keluarganya telah melawat Chin Peng, 86, selepas dia dimasukkan ke dalam hospital pada bulan lepas.

Kerusi untuk Tee Keat di Selangor; Soi lek dan Tsu Koon melopong






Di tengah-tengah spekulasi bahawa dia akan diminta untuk beralih kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah membuat perhitungan dan sasaran beliau adalah tidak lain daripada penggantinya Chua Soi Lek, yang dilihat menjadi batu penghalang kepada cita-cita politiknya
Persengketaan di antara kedua-dua lelaki ini memang sudah diketahui umum. Hubungan ibarat kucing dan anjing. Pergaduhan pasti berlaku sekiranya kedua-dua lelaki ini berada di dalam bilik yang sama walaupun untuk seminit.
Tee Keat kini merupakan ahli parliamen Pandan, telah dari dahulu lagi sering menggunakan reputasi Soi Lek yang sudah tercemar apabila Soi Lek cuba mengambil hati pemimpin-pemimpin atasan Umno untuk menggantikan beliau.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com