Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday, 12 October 2011

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung





SEPANG - PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.
Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Lelaki maut terjatuh dari kondominium bukan pegawai imigresen





PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen, Rabu, menjelaskan bahawa lelaki yang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang, Selasa bukan lagi petugas jabatan itu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata berdasarkan rekod perkhidmatan, mangsa bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lepas.

Wanita bunuh ibu hamil diikat jamin RM3.13 juta





MILWAUKEE - Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.
Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.
Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata.

7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC





KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan.
Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

BN akan jatuh kerana rasuah endemik




Di dalam sejarah negara kita, tidak pernah rasuah berada pada keadaan yang tidak terkawal seperti selama tiga dekad yang lalu. Rasuah menjadi musuh nombor satu yang akhirnya akan merosakkan negara kita dan kita harus berterima kasih kepada kesempatan yang diberi oleh Barisan Nasional untuk kepandaian yang sangat menonjol ini.
Media menonjolkan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Kepada rejim yang sedia ada, selalunya sindrom penafian yang akan menutup retorik mereka apabila isu rasuah dibangkitkan oleh orang ramai dan ini seterusnya akan disokong dan diputar belit oleh media yang pro-kerajaan. Namun begitu, mari kita lihat kembali beberapa sorotan media yang menarik pada tahun-tahun yang lalu mengenai isu-isu berkaitan rasuah di negara ini.
"Sembilan syarikat-syarikat perkapalan Jepun yang mengangkut kayu dari Sarawak,Malaysia, didakwa gagal melaporkan kira-kira 1.1 bilion yen pendapatan secara keseluruhan dalam tempoh selama tujuh tahun telah mendakwa bahawa wang tersebut disogokkan kepada pegawai Sarawak melalui ejen di Hong Kong."

Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-raja





Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

Malaysia jatuh satu tangga kepada 78 dalam laporan kebebasan ekonomi




KUALA LUMPUR - Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-78 bagi kebebasan ekonomi dalam Laporan Tahunan 2011: Kebebasan Ekonomi Dunia, sejajar dengan penurunan seluruh dunia dan disebabkan terutamanya saiz kerajaan.
Laporan oleh Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu dilancarkan di sini, Rabu, di Persidangan Asia Kebebasan Ekonomi 2011.
"Tahun lepas, kita berada di kedudukan ke-77 tetapi tahun ini kita jatuh satu tangga kepada 78. Sebenarnya, kedudukan Malaysia telah turun sejak beberapa tahun dan ini satu aliran yang membimbangkan," kata Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan hari ini.

Lagi salah guna kuasa? Najib disahkan guna pesawat kerajaan





Pejabat Perdana Menteri Najib Razak telah mengesahkan beliau pergi ke “lawatan peribadi” ke Perth, Australia pada 31 Ogos, hari di mana rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan daripada jajahan British pada tahun 1957.
PM dan keluarganya pergi bercuti tanpa memberitahu negara, yang melanggar protocol, dan lebih teruk lagi, diketahui bahawa Najib dan tetamu-tetamunya pergi dengan menggunakan pesawat kerajaan yang disediakan untuk urusan-urusan rasmi.
“Untuk pengetahuan Dewan, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia daripada 31 Ogos hingga 3 September 2011 adalah lawatan peribadi,” sebut jawapan bertulis kepada pertanyaan daripada MP Batu PKR Tian Chua.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com