Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Thursday, 6 October 2011

Talkin untuk MIC, berkubur buat selama-lamanya





Aku kesian pada kaum India di Malaysia ini. Dari dulu hinggalah kini kehidupan mereke mereka ini amat daif.
Tiada pembelaan yang sewajarnya. Harapkan MIC beginii lah hidup mereka buat selama lamanya.


Ayuh! kaum India Malaysia, marilah kita sama sama mentalkinkan untuk MIC, menguburkan buat selama lamanya. Sedarilah kamu kaum India Malaysia, hidup anda semua tidak akan berubah selagi MIC dan BN memerintah Negara malaysia.


Kaum India akan melihat kesudahan parti yang disangka akan memperjuangkan nasib mereka; yang sebaliknya mengkhianati, merompak dan menyisihkan mereka selama 50 tahun.


Sudah tiba masa nya untuk anda semua memperjuangkan dan menuntut hak anda semua. Tepuk dada tanya apa yang anda harus lakukan.



‘Kenapa anak saya dibunuh sebelum dibukti bersalah’





KUALA LUMPUR - Keluarga mangsa tiga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam November tahun lalu hari ini ke Parlimen menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan dalam kes yang disifatkan sebagai ‘pembunuhan dengan niat’.
Ia ekoran tidak ada sebarang perkembangan mengenai kes tersebut meskipun mereka dengan bantuan pihak peguam sudah menyerahkan memorandum kepada pihak berwajib termasuk kepada Ketua Polis Negara sendiri.
Peguam Lawyer for Liberty (LFL) menuntut polis yang teribat dalam tembakan tersebut didakwa dan dibicarakan di mahkamah.

Saya tertidur kerana demam - Ibrahim Ali




Kah.....Kah.....Kah.....Katak perkasa dah bersuara!


Kah.....Kah.....Kah.....Jenuh juga nak cari alasan yang konkrit


Sudah lah katak perkasa oiii! Kalau ngko betul betul nak jadi pelawak, masuklah Raja Lawak ke5 nanti. Alasan yang bodoh dan tolol. Tertidur sekejap amendanya sampai ternganga macam terowong Genting Sempah.Gamaknya siap berdengkor.......... 


Kalau dua tiga minit orang tak akan perasan.memang. Muka memang jenis muka tembok, perasan pulak konannya satu penghormatan untuk dirinya. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan.Ini lagi sekor, bangang.Kalau macam itu masuk tv pun menjadi satu kesalahan juga lah? Apa punya bangang la puak puak B'end ni.


Kesian..... kesian.....

Rais pejuang bahasa 'cap ayam'





Aku betul betul hairan dengan pembakar jambatan tua sekor ni. Apa lagi yang dia cuba perjuangkan? dah sengkek sangat dengan isu isu besar sampai isu bahasa pun dia nak buat gempaq. Dek kerana terlalu lama sangat berpolitik sampai dah naik dungu kepala otak dia.


Cukuplah, tak payah nak jadi hero lagi. Masa terakhir ngko akan sampai jua.Sementara menunggu hari terakhir ngko sampai lebih baik ngko  duduk diam diam  dan bila sampai masanya berundurlah dengan cara yang terhormat.


Tak ada apa apa lagi yang nak dibuktikan........Ibarat memperjuangkan bahasa 'cap ayam'
Kah.....Kah.....Kah.....!!!!!

Claim Status

Q7PEN64JJEKB

Bapa bunuh anak tampil cam mayat





Polis tahan suspek jumpa kesan darah mangsa dalam rumah, MPV 

MUAR: Seorang pengurus bank dipercayai bukan saja memukul anak lelakinya berusia 20 tahun sehingga mati dan mencampakkan mayatnya ke parit di Parit Amat, Jalan Sri Tanjung, dekat sini, awal pagi Sabtu lalu, malah membuat pengecaman mayat apabila diminta polis berbuat demikian.


Suspek kes bunuh dijangka terkenal, kaya





Kisah Knox dipenjara diramal raih untung sehingga RM3j

LOS ANGELES: Pelajar Amerika Syarikat, Amanda Knox yang baru dibebaskan daripada dakwaan membunuh rakan sebilik warga Britain di Itali, mampu meraih berjuta-juta dolar jika sedia menjual pengalamannya sama ada dalam bentuk buku, siri televisyen malah filem.

Ketika keluarganya mempunyai cadangan untuk anak mereka itu menghabiskan masa bersendirian bagi menyesuaikan diri dengan kebebasan, pemerhati bersetuju gadis berusia 24 tahun itu kini mempunyai peluang cerah meraih keuntungan.

Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan, kata Guan Eng





Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin. Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia.
Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 September 2011. Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri.

Belanjawan 2012 dan Kapten Light menjadi raja...





Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Jumaat ini amat ditunggu-tunggu. Ia umpama kanak-kanak menunggu gula-gula. Ia umpama pekerja menunggu bonus dan naik gaji.
Ia juga umpama suri-suri rumah berdoa agar harga barang-barang dapur dapat dikurangkan. Jika harga barang tidak boleh diturunkan, mereka berdoa gaji suami mereka dapat dinaikkan.
Ia juga umpama doa siang malam pesara kerajaan, terutamanya yang gaji di bawah paras kemiskinan dapat dinaikkan sedikit, bagi menampung sisa-sisa hidup mereka. Ia termasuklah pesara tentera yang ramai susah dan daif setelah menabur bakti di bumi pertiwi.
Pendek kata, Belanjawan 2012 adalah belanjawan yang pastinya lain daripada yang lain. Saya tak berani kata ia akan menjadi Belanjawan Pilihan Raya 2012, tapi mungkin juga?
Sering kali, pembentangan belanjawan negara sebelum sesuatu pilihan raya, ganjarannya cukup menarik sekali.

Hisham, IGP: Hanya satu anggota polis langgar SOP





Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi.
Namun, menurut Hishammuddin, kejadian berkenaan telah diperbesar-besarkan dan polis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap situasi semasa perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya itu.
Katanya kejadian di Hospital Tung Shin itu adalah hanya "satu daripada enam atau tujuh" kesilapan.
Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.

Bekas teman kolej: Saiful benci Anwar dan berkempen untuk BN pada 2008





Seorang bekas teman kolej pendakwa sodomi, Saiful Bukhari Azlan, telah memberi keterangan bahawa sebalik 'mengagung-agungkan' Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim seperti yang dikatakan olehnya, Saiful sebenarnya benci Anwar, meggelarnya sebagai 'munafik' atau hipokrit di Friendster dan menyeru rakan-rakannya supaya jangan mempercayai Anwar tetapi untuk memberi sokongan kepada BN.
"Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar, sebab dia benci Anwar," Mohd Najwan Halimi memberitahu mahkamah pada hari Selasa.
Najwan masih bekerja sebagai pembantu Anwar dalam kerangka sebagai penasihat ekonomi Selangor. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia sudah mengenali Saiful sejak tahun 2003, di mana mereka tinggal di asrama bersebelahan di Universiti Tenaga Nasional.

Huru-hara Malaya: Muhyiddin selesaikan masalah untuk Najib tetapi 'dicurigai'





Tidak seperti ketuanya, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kelihatan mengambil langkah-langkah yang bijak. Sebalik membuta-buta mencuba untuk mengaburi fakta yang diterima baik oleh rakyat negara ini, Muhyiddin akhirnya mengakui Malaya merupakan tanah jajahan British sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kenyataannya itu dengan sekelip mata memberikannya mata kemenangan, dan beliau kini dianggap sebagai wakil rakyat yang lebih mantap dan lebih dipercayai berbanding dengan Perdana Menteri Najib Razak. s
Sebalik menggunakan pengetahuan umum, Najib telah menggunakan ancaman-ancaman dan kuasa undang-undang untuk mendakwa Naib Presiden PAS Mat Sabu dengan tuduhan jenayah fitnah di atas insiden Bukit Kepong, yang melihat kembali bagaimana dan siapa pejuang-pejuang yang membantu Malaya mencapai kemerdekaan daripada British.

Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak





WASHINGTON - Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.
Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.
Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.

Tung Shin: Liow mengejar kerjaya politik, sekarang salahkan polis





Dengan pilihanraya mengejut semakin hampir, kelihatannya semua orang dalam BN hanya menjaga diri masing-masing. Bahkan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai, yang sering dikutuk dengan pengabdian butanya terhadap UMNO, telah berkeputusan untuk meniggalkan polis dan menyelamatkan kerjaya politiknya sendiri.
"Pemimpin-pemimpin MCA sudah mula sedar yang rakyat biasa lebih pintar dan mereka risau akan disingkarkan pada PRU-13 nanti. Jelas, ini adalah satu isu yang telah mengakibatkan kemarahan daripada golongan Cina. Mereka juga sedar apabila tibe waktunya mengundi, UMNO pun tidak mampu menyelamatkan mereka," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

SAMM edar risalah cincin Rosmah





Risalah kecil ini menerangkan isu-isu pembaziran yang melibatkan Rosmah Mansor yang menggayakan hidup mewah.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengedarkan risalah buku kecil minggu depan mengenai pembaziran dan kemewahan melampau khususnya mengenai dakwaan cincin berlian bernilai RM73 juta yang dipakai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, risalah kecil ini menerangkan isu-isu pembaziran yang melibatkan Rosmah yang menggayakan hidup mewah.

‘Bajet 2012 Pakatan realistik’





Ketika beberapa ahli politik dan persatuan nelayan mendakwa ia bajet bohong, orang ramai melihat ia bajet yang boleh dilaksanakan.

PETALING JAYA:  Rakyat memberi pelbagai pendapat dan reaksi terhadap bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.
Ketika beberapa ahli politik dan persatuan nelayan mendakwa ia bajet bohong, orang ramai melihat ia bajet realistik dan boleh dilaksanakan.
Bajet Pakatan Rakyat memberi fokus kepada usaha membantu rakyat “mengharungi suasana ekonomi yang semakin menghimpit.”

Apabila Ahmad Said jaja tanah dan rumah, maknanya pilihanraya terlalu hampir





Pada 20 Mac, 2010, ketika penduduk Kampung Paya Bunga Kuala Terengganu merintih memohon belas ihsan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, mereka tidak dipedulikan.

Permohonan mereka supaya kerajaan memberikan rumah tempat berteduh, menahan panas terik mentari pada waktu siang dan dingin embun, tatkala dinihari, tidak dihiraukan.

Malah, kerajaan Umno/BN menuduh mereka meneroka tanah-tanah secara haram, walaupun penduduk tersebut dapat membuktikan, mereka telah diberi lesen TOL sejak puluhan tahun lalu.


Zainah dan SIS kurang faham, keliru





Bagi pihak Pemuda PAS, kenyataan Zainah Anwar (dari Sister In Islam) dalam The Star Online pada 2 Oktober 2011 merupakan kekeliruan yang nyata dari seorang pemimpin NGO Islam yang kurang memahami falsafah hukum dalam syariah Islam. Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada seluruh manusia sehingga akhir zaman. Ia merupakan agama yang membawa rahmat, agama kasih-sayang, agama yang halus dan lemah-lembut agama yang membawa kejayaan untuk dunia dan akhirat.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com