Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday, 25 October 2011

PKR isytihar KL kubu kuat








P
KR mengisytiharkan Wilayah Persekutuan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) dan yakin Barisan Nasional (BN) tidak mampu memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di kawasan itu. 

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR mampu melakukannya berdasarkan prestasinya pada PRU lalu yang menyaksikan PR menawan 10 daripada 11 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan. 

‘Adik beradik’ khalwat dicekup








L
akonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat. 

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Gaddafi mati ditembak








M
ISRATA - Ketua pakar bedah siasat Libya, Dr Othman Al-Zintani mengesahkan hasil bedah siasat yang dijalankan, semalam, menunjukkan Gaddafi terbunuh selepas ditembak di kepala, sekali gus meningkatkan lagi kecaman dunia ke atas kerajaan baru dan pemberontak Libya. 

“Kami telah melengkapkan pemeriksaan terhadap jenazahnya dan hasil siasatan akan diberikan kepada pendakwa raya,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut. 

Remaja dakwa diliwat guru








M
IRI - Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.
Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.

Lima beradik bergilir ponteng sekolah demi bapa, nenek, datuk








D
emi menjaga bapa, nenek dan datuk yang sakit, lima beradik di Kampung Tok Ku, Sering, dekat sini terpaksa bergilir-gilir ponteng sekolah biarpun menyedari tindakan itu bererti memperjudikan masa depan mereka.

Bangkai makhluk asing ditemui








T
AJUBA - Satu mayat makhluk asing ditemui di sini dan dirakamkan pada 26 September 2011 yang berukuran 45 sentimeter tinggi.
Mayat itu dikatakan ditemui oleh seorang pegawai tentera polis, Jose Luis yang berusia 44 tahun dan berasal dari negeri Minas Gerais.
Semasa dia merakamkan imej itu, dia bersama dengan anak lelakinya.
Menurutnya, makhluk asing itu mengeluarkan bau yang amat kuat.
Namun, bangkai makhluk asing itu hilang degan tiba-tiba selepas empat hari dibiarkan.
Imej itu disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu.



Laporan Audit: Salahguna kuasa dan rasuah berterusan








D
sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya.
Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan.
Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam.

Guan Eng: Mampukah musuh menang dengan menyerang peribadinya?








P
entadbiran beliau kini sedang menggelegak dengan konspirasi agama dan perkauman, angkara musuh politiknya yang kaya dan berpengaruh mencari jalan untuk menjatuhkan beliau. Sudah pasti beliau sedang berhadapan dengan waktu-waktu gelapnya sekarang., kerana orang paling dekat dan disayanginya dilukai dan ketakutan diserang musuh. Segala yang beliau pertahankan – pentadbiran, parti, politik dan soal peribadinya – sedang diancam. Tapi, bolehkan musuh terkutuk ini memunsahkan hidup beliau dengan mencerca anak lelakinya dengan tuduhan liar melakukan perlecehan seksual? Masa akan tiba dan biarlah rakyat Malaysia yang menentukan.
Lim Guan Eng merupakan salah seorang Ketua Menteri yang terbaik negara ini. Sebagai seorang Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau bekerja keras memastikan penduduk negeri dan negara maju hidup bersama tanpa mengira perbezaan bangsa, fahaman maupun agama. Pendekatan politiknya yang berasaskan pragmatisme ekonomi adalah untuk kepentingan semua orang.
Lim menggunakan kayu ukur politik berlandaskan Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang mana orang Melayu tidak menolong rang Melayu sahaja atau orang Cina menolong orang Cina sahaja dan begitu juga buat orang India dan penduduk bangsa lain. Satu pentas yang cocok ialah bilamana sesiapapun boleh memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira warna kulit. Mungkin ini kenyataan yang agak idealis bagi musuh beliau, namun Pulau Pinang yang dipimpin Pembangkang telah melangkaui menuju wawasan sebuah negara yang lebih baik.

UMNO tidak akan minta maaf, MCA turut serta dalam ‘pencabulan’ Anya








M
engambil kiu daripada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai bergesa-gesa turut serta dalam pertelingkahan dalam membela UMNO dan menyerang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di atas skandal seks terkini yang disajikan oleh BN.
“Keluarganya mendapat simpati daripada kami tetapi Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP dilihat mencuba memolitikkan isu ini. Jangan salahkan Barisan Nasional (BN) kerana bukan BN yang melakukan perkara ini. Ianya dibuat oleh seorang bloger. Kenapa salahkan BN?” Liow, yang juga merupakan Menteri Kesihatan, memberitahu pemberita.

Anwar beri amaran: BN “terlalu bahaya”, jangan undinya lagi








K
etua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas BN di atas tuduhan seks terkini, kali ini ke atas anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menggesa rakyat untuk menolak kerajaan Perdana Menteri Najib Razak di atas penggunaan politik kotor yang berterusan.

Beliau berkata komlot itu mencerminkan tahap rendahnya pemikiran ahli-ahli politik BN, yang telah sering menimbulkan konspirasi berdasarkan seks untuk mengenakan musuhnya.
“Adalah sangat berbahaya sekiranya BN diberi peluang untuk memerintah sekali lagi kerana apa yang kita lihat hari ini menunjukkan mereka tidak dapat membezakan perkara yang secara moralya betul atau salah dalam politik,” kata Anwar.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com