Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday, 8 November 2011

Jangan terkejut, Najib mungkin lantik Ummi Hafilda sebagai senator !



Belum habis lagi cerita panas perlantikkan Presiden MUIP KS Nallakaruppan sebagai Senator, ada pula cakap-cakap di kalangan ahli-ahli kumpulan di Parlimen bahawa 'penjahat' politik seterusnya yang akan menerima ganjaran ialah Ummi Hafilda.
Walaupun berita tersebut belum dapat disahkan pada peringkat ini, kelihat 'penyokong' dia berasa marah kerana Ummi Hafilda telah diketepikan dalam kempen anti Anwar Ibrahim oleh tiga orang yang telah diatur oleh pihak Umno, parti Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Jika nasib menyebelahinya, Ummi boleh menjadi Senator yang dilantik BN seterusnya.
Jika ini menjadi kenyataan, rakyat Malaysia mungkin akan mengutuknya tetapi ramai dikalangan kita yang malas. Jadi perkara ini mungkin akan dibiarkan sahaja setelah ditertawakan atau gelengan kepala, juga sesalan bahawa negara ini akan telah jatuh ke tangan anjing-anjing.

Lagipun, Senat Malaysia telah pun disamakan dengan sampah, di mana banyak ahli politik jahat diberi ganjaran untuk memastikan mereka gembira sehinggalah perlu melakukan tugasan mereka yang seterusnya. Sesungguhnya, Senat seperti telah menjadi hukuman mati ibarat zombi yang menunggu untuk diaktifan oleh dalang mereka iaitu Umno.
Jadi apalah sangat Ummi sebagai tambahan?
Trio yang hebat
Ia masuk akal kerana rakan-rakan seperjuangannya lain yang anti-Anwar seperti Ezam Mohd Noor dan Nallakaruppan telah pun menerima ganjaran. Adalah tidak adil untuk meninggalkan Ummi kerana mereka bertiga sememangnya trio yang hebat.
Ketiga-tiga mereka juga berkongsi tuntutan yang sama kepada kemasyhuran, mereka sanggup untuk merendahkan martabat diri dengan memfitnah dan memburukkan Anwar, Ketua Pembangkang dan de-facto PKR.
Mereka juga sering mengatakan bahawa mereka akan menyediakan bukti tentang salah laku Anwar, dalam kes Ezam beliau mendakwa menyimpan beberapa buah kotak mengandungi bukti. Malangnya tidak satu pun bukti yang pernah dikeluarkan, dan mungkin tidak akan dikeluarkan buat selama-lamanya, kerana ia tidak wujud. Sungguh malang bagi Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri yang merekrut Ezam dan membayarnya berjuta-juta ringgit.
Pro dan kontra Ummi
Kini, Ummi mempunyai kelebihan berbanding dua yang lain. Beliau bukan sahaja genit dan cantik seperti PM Thai Yingluck Shinawatra, dia juga banyak mengembara. Dia telah ke London dengan lelaki yang dipanggil Baginda, jangan dikelirukan dengan Razak Baginda, yang juga berada di London.
Ummi dan Baginda telah berpisah, walaubagaimanapun Ummi cuba untuk menyaman beliau RM100 juta kerana mendakwa mereka mempunyai hubungan seks. Tetapi mahkamah membuang kes tersebut.
Sungguhpun begitu, dengan perunding imej yang betul- mungkin dengan nasihat Najib atau Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud - tidak mustahil dia boleh memperolehi imej baru untuk'memulihkan' kredibilitinya.
Sebagai Senator, apa yang dia bakal ucapkan dalam ceramahnya pada masa hadapann bersama-sama dengan Nallaan dan Ezam akan memberi impak yang lebih besar. Ia juga akan menjadi semacam ancaman kepada Anwar, memberi isyarat kepada orang-orang luar bandar bahawa ketiga-tiga mereka berkata perkara yang benar. Bukankah mereka ... Ahli Dewan Negara?
London memanggil
Ummi juga mungkin akan membuat pilihan yang lebih baik untuk menjadi Duta Besar Malaysia ke UK, kerana dia sememangnya mengenali London dengan baik. Sudah tentu, cita-cita beliau cukup besar. Walaupun sesetengah pengikut cerewet berfikiran sebab-sebab itu tidak cukup baik untuk dia dilantik sebagai Duta, namun, Ummi mestilah kuat dan ketepikan pendangan mereka itu. Lagipun, dia bakal dilantik sebagai Senator atas sebab-sebab yang tidak kurang rapuh.
Ini bukanlah cerita donggeng semata-mata kerana terdapat desas-desus yang berbunyi di koridor-koridor gelap Parlimen Malaysia, ataupun sarkas seperti yang sesetangah orang menamakannya sekarang.
Dan dengan pelantikan Ummi, kita perlu mengucapkan tahniah kepada Najib sebagai seorang lelaki yang mempunyai alasan yang amat kukuh dalam pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara, walaupun ia bakal menukarkan Senat kepada rumah jalang, dan menjadi bahan lawak jenaka untuk orang awam.


1 comment:

  1. akak percaya memang betul.. umi boleh buat apa saja dan terima apa saja...

    ReplyDelete

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com