Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 7 January 2012

Duit palsu jadi hantaran kahwin




BANDAR SERI BEGAWAN- Kegembiraan seorang ibu tunggal menerima menantu baru, bertukar peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas palsu.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Juli berkata, dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku, apatah lagi urusan perkahwinan anak perempuannya dibuat secara teratur dan mengikut adat.

Datuk gila seks simpan gambar kemaluan cucu




Luluh hati seorang ibu selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul bapa mentuanya sejak beberapa hari lalu.
Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin.

Rakyat tetap bangkit walau pemimpin PR dipenjara




Kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dipenjarakan sekalipun, rakyat akan tetap bangkit menyelamatkan negara ini dari cengkaman kekuasaan Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau menegaskan perkara itu ketika pelbagai ramalan menyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan.
"Kebencian terhadap Umno yang semakin berapi-api dengan laungan bersama 'asal bukan Umno' tidak peduli lagi sama ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.
"Zaman telah berubah dan 'asal bukan Umno' menjadi pembakar semangat bersama dan faktor kepimpinan hanya faktor nilai tambah dan bukan lagi penyebab utama kebangkitan rakyat hari ini," kata beliau.

Anwar bersedia terima keputusan Isnin ini




Tidak sampai 60 jam menjelang keputusan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu di sini bahawa beliau sudah bersedia di segi mental dan fizikal untuk menerima apa saja keputusan mahkamah tersebut.
Memberitahu lebih 10,000 orang yang hadir di majlis ceramah anjuran PKR/Pakatan Rakyat di stadium mini di sini, Anwar berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan.
Tetapi, katanya, dengan nada tegas: “kes lewat saya ini dan keputusannya tidaklah penting, yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU Ke-13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.

Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM




Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.
Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah.
“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau.
Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara.

Bebaskan institusi Polis dari pengaruh parti politik




Perhimpunan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini sekali lagi mencetuskan fenomena mahasiswa dalam membawa suara anak muda dalam menegakkan keadilan. Gerakan Bebas yang komited dengan perjuangan ingin membebaskan akademik dan mengembalikan autonomi kampus telah berhimpun di hadapan UPSI malam ambang tahun baru 2012.
Malangnya tindakan kekerasan yang dilakukan beberapa pegawai polis terhadap aktivis mahasiswa menyebabkan pengerusi Bebas Safwan Anang cedera dan dikejarkan ke Hospital Slim River. Beliau mendakwa telah ditumbuk di muka dan ditendang oleh pihak polis. Dalam kejadian itu juga 17 aktivis mahasiswa telah ditangkap.

Wanita Umno jangan terlalu bermegah





“Janganlah terlalu bermegah berjuang tetapi untuk kelompok dan individu tertentu. Sedangkan rakyat di bawah melihat dengan penuh sinis dan retorik."
Umno Cheras mengingatkan pergerakan Wanita Pusat mengutamakan kepentingan parti dan bukannya individu tertentu.
Perjuangan parti bukan untuk memenangkan individu tertentu  sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan jawatan parti, kata ketuanya Datuk Syed Ali Alhabsheeu .
“Janganlah terlalu bermegah berjuang tetapi untuk kelompok dan individu tertentu. Sedangkan rakyat di bawah melihat dengan penuh sinis dan retorik.

Perkasa minta polis siasat pelajar





Pengerusi Perkasa Bahagian Petaling Zainal Abidin Ahmad menggesa polis menyiasat kenyataan penuntut terbabit yang dipaparkan dalam laman blog 'Revolusi Habib'.
Perkasa hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang didakwa menghasut penuntut IPTA supaya menyertai perhimpunan penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur Isnin ini.
Laporan polis yang dibuat Pengerusi Perkasa Bahagian Petaling Zainal Abidin Ahmad di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, menggesa polis menyiasat kenyataan penuntut terbabit yang dipaparkan dalam laman blog ‘Revolusi Habib’.

SPR sangkal dakwaan Nurul tidak guna MIMOS





"SPR tidak pernah menolak syor PSC seperti yang didakwa. SPR telah pun berjumpa dan berbincang dengan MIMOS baru-baru ini," kata Abdul Aziz Yusof.
Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak akan menggunakan khidmat syarikat inovasi, teknologi dan maklumat (MIMOS Berhad) sebagai badan yang mengesahkan daftar pemilih disangkal oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Beliau berkata SPR tidak pernah menolak syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC).

Umno bantah benarkan perhimpunan penyokong Anwar





Keputusan itu memalukan kerana berpuluh laporan polis dibuat membantah perhimpunan tersebut.
Tidak sampai 24 jam, polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di tempat parkir kereta mahkamah tinggi Kuala lumpur, Umno Cheras mahu ia dikaji semula.
Ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee menyifatkan keputusan itu memalukan kerana  berpuluh laporan polis dibuat membantah perhimpunan tersebut.

Azmin: Persetujuan tidak sentuh sekatan yang diumum polis





"Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim."
PKR tegas menyeru rakyat turun memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan kes liwat ketua pembangkang itu.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama semalam.

Himpunan 901: Kelantan paling ramai 10, 000 orang





Sebahagian besar mereka sudah berada di Kuala Lumpur kerana menyaksikan final bola sepak piala Sumbangsih antara Kelantan melawan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Sebahagian penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan kempen bebaskan Anwar 901 Isnin ini.
Mereka akan berada di tempat letak kereta mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada Anwar di mana hakim akan membuat keputusan kes liwat yang dihadapinya.
Kelantan dijangka menghantar penyokong paling ramai dengan anggaran 10, 000 orang, kata seorang ahli PKR hari ini.

PKR makin keras kecam Hasan Ali





Ketua Penerangan Selangor berkata, pemimpin PAS itu liabiliti kepada Pakatan Rakyat.
PKR kini semakin keras melemparkan kecaman ke atas Datuk Dr Hssan Ali ekoran membuat kenyataan menghadiri perhimpunan diri bebaskan Anwar sebagai sia-sia.
Dua Naib Presiden PAS – Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub turut mengecam Dr Hasan yang pernah menjadi naib presiden PAS.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com