Ketua Penerangan Selangor berkata, pemimpin PAS itu liabiliti kepada Pakatan Rakyat.
PKR kini semakin keras melemparkan kecaman ke atas Datuk Dr Hssan Ali ekoran membuat kenyataan menghadiri perhimpunan diri bebaskan Anwar sebagai sia-sia.
Dua Naib Presiden PAS – Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub turut mengecam Dr Hasan yang pernah menjadi naib presiden PAS.
Pakatan Rakyat membuat keputusan turun beramai-ramai menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.
Hakim akan membuat keputusan terhadap tuduhan meliwat Anwar kepada pembantunya, Mohamad Saiful Azlan Bukhari .
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam mengecam dan menggesa PAS mengambil tindakan ke atas Dr Hasan sambil menyifatkan Adun Gombak Setia itu sebagai celupar.
Dalam sidang media di rumahnya, Hasan mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie menghantar surat terbuka kepada exco agama kerajaan negeri Selangor itu.
Dalam surat itu, beliau mendakwa Dr Hasan liabiliti kepada Pakatan Rakyat.
Dalam surat itu, beliau mendakwa Dr Hasan liabiliti kepada Pakatan Rakyat.
`Senak terasa di perut’
“Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga “senak terasa di perut!. Hendak di buang ‘angin bimbang berbau busuk, hendak di tahan sakit sudah melata ke dada’, katanya dalam surat itu.
“Apakah Datuk sebegitu buta hati terhadap masalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”)? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan
Datuk terhadap DSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Datuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya yang akhirnya menjayakan Datuk menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam?
Secara sinis, Suhaimi yang juga Adun Sri Muda menyeru Dr Hasan jangan terlalu mengikut perasaan.
Katanya, peluang untuk menjadi Menteri Besar masih ada.
“Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang ‘untuk berjiwa besar’ dengan menoleh sejenak ke belakang.
“Apakah langkah Datuk sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Datuk lebih mengerti dengan maksud ‘kura kura dalam perahu’, kata beliau.
No comments:
Post a Comment