Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Friday, 13 January 2012

Sultan Selangor perkenan gugurkan Hasan Ali daripada exco






"Sultan Selangor hari ini perkenan untuk menggugurkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali daripada jawatan exco kerajaan negeri itu berikutan dipecat PAS hujung minggu lalu.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat PAS pada Ahad lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu."

Maka berakhir sudah teka teki yang bermain difikiran rakyat jelata kebelakangan ini tentang kedudukkan mutakhir Dr.Hassan Ali. Kemelut yang selama ini tiada siapa sangka akan terjadi disaat saat hampirnya PRU 13 dan berakhir dengan aib sekali. Maka jelaslah, Hasan Ali disingkirkan keahliannya dari parti PAS serta gugurlah perlantikan belia sebagai exco kerajaan negeri setelah diperkenankan oleh Duli Sultan Selangor.
Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang dialami oleh Hasan Ali lantaran sikap dan perbuatannya mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam iaitu PAS.

"Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.
"Pelantikan exco baru akan disempurnakan pada Rabu minggu depan (18 Januari) di istana," tambahnya.

Tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Semuga kemelut yang seumpama ini tidak akan berulang kembali dimasa masa akan datang.
Bermulalah episod perlantikan dan pemilihan exco baru untuk mengantikan tempat Hasan Ali. Ada beberapa nama telah disebut sebut, namun keputusannya akan diketahui pada Rabu minggu depan saperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor.
Apa kesudahannya, sama sama kita tunggu dan lihat.
Lawan tetap lawan!

Najib: Masalah penduduk selesai jika BN berkuasa





"Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan".


Kah!....Kah!....Kah!....Bodo, Bodo

Kah!....Kah!....Kah!....Lawak banggang

Apa cerita nih! lagi nak bersendiwara. Sudahlah tak usah nak buat lawak banggang tu lagi. Aku betul betul malu mempunyai seorang PM yang bersikap jelik dan  pendusta. Selama ini apa yang engko buat pada rakyat Selangor ketika dibawah pemerintahan UMNO sejak 50 tahun dulu. sekarang lagi mau berjanji.


“Sekarang kita mengalami zaman gelap, kita makan ubi kayu, tapi selepas semboyan dibunyikan, saya berjanji kita akan makan nasi minyak,” katanya lagi dan mengharapkan peniaga-peniaga di kompleks PKNS berkenaan bersabar dan membuat keputusan bijak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang".


Masih ujud kah lagi rakyat selangor yang begitu dangkal akan mempercayai janji janji bodoh lagi banggang ini? Apalah malangnya nasib Negeri Selangor jika masih mempunyai rakyat yang sedemikian rupa dan sikap. Takkan hanya kerana  nasi minyak semata mata, engko orang sanggup gadaikan maruah diri, bangsa dan ugama? 

Dimanakah letaknya kewarasan pemikiran engko orang? sampai bila engko orang sanggup ditipu dan diperbodoh bodoh oleh manusia yang bernama Najib dan suku sakatnya.


“Saya bukan berjanji, tetapi saya minta penduduk beri saya masa untuk memikirkan penyelesaian terbaik untuk membantu mereka yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan,” katanya lagi.


Kah!....Kah!....Kah!....Minta beri masa lagi?

Kah!....Kah!....Kah!....Mana perginya 50 tahun masa yang telah diberikan?

Kah!....Kah!....Kah!....Lu orang fikir fikirlah sendiri

Lawan tetap lawan!

Wang zakat: Pemuda PAS desak Jamil Khir letak jawatan





"Menggunakan RM 63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman mereka menghadapi kes permohonan qazaf Anwar adalah suatu perbuatan tercela kerana melibatkan wang milik asnaf yang sewajibnya diagihkan,” katanya.

Nasrudin berkata, mereka tiada hak dan kelayakan menggunakan wang zakat kerana mereka bukanlah asnaf."


Ini lah sifat munafik yang dipamerkan oleh menteri menteri UMNO. Duit zakat pun dia orang nak belasah. Apa punya manusia, melayu islam pulak tu.  Iskkk! bikin malu melayu dan islam. 

Cuba engko orang bayangkan, menggunakan RM63,650 wang zakat semata mata untuk membayar kos guaman untuk berhadapan dengan kes permohonan qazaf Anwar. Memang lahanat lah ulama ulama UMNO nih.

Ayuh! PAS khususnya dan rakyat sekelian amnya, Hapuskan semua ulama ulama cetak rompak yang bersubahat untuk merompak harta rakyat termasuk wang zakat.

Lawan tetap lawan!

Aziz Bari saman Zulkifli, Utusan




"Beliau mendakwa Zulkifli pada 17 Okt tahun lepas telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia."


"Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah".


Saman jangan tak saman. Kasi ajor sikit keparat keparat nih jangan kasi muka. Biasalah anjing kalau tak menyalak bukan anjing namanya. Kalau di biarkan dia orang akan menghuru harakan keadaan. Biar keparat nih tau samada lagit itu tinggi atau rendah.

Kah!....Kah!....Kah!....

Kah!....Kah!....Kah!....

Lawan tetap lawan!

Sudah sampai masanya  anjing anjing ini dihapuskan. Bikin susah hidup rakyat jelata

Hasan Ali semakin hampir menemui jalan mati




"Beliau kini berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak ada parti politik yang benar-benar berminat dengannya.
Hanya Perkasa yang menghulurkan tangan tetapi Dr Hasan sekadar mengucapkan terima kasih.
Timbul spekulasi bekas pensyarah UIA Dr Aziz Bari akan diletakkan bertanding di Gombak Setia dalam pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman tidak menolak kemungkinan tersebut.
Bagaimanapun, beliau mengganggap ia hanya spekulasi.
“Saya pernah bertemu beliau tetapi tidak berbincang mengenai soal calon,” katanya".

Tak ada penyakit cari penyakit. Inilah padahnya kalau mengikut kata hati. Nampak sangat kredebiliti beliau semakin menurun dan secara tak langsung akan membunuh kerier politiknya sendiri. Kerana mulut badan binasa, peribahasa yang sesuai untuk engkau

Kalau ye pun engkau tak sukakan Anwar janganlah kau menunjuk nunjuk.Akuhairan, seorang yang berwatakan sopan dan santun tersimpan hasad yang tersembunyi. Kemudian kau menyalahkan Anwar diatas pemercatan kau. Ada akai ke?

"Bekas naib presiden PAS itu dipecat dari parti Ahad lalu ekoran beberapa siri serangan terhadap PAS termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Hasan diberi masa selama 30 hari untuk merayu tetapi difahamkan  beliau belum berbuat demikian".

Hai Hassan Ali, kau tanggunglah sendiri . Tak ada sesiapa yang dapat membantu kamu kecuali engkau sendiri. Lu fikirlah sendiri

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com