Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Friday 13 January 2012

Wang zakat: Pemuda PAS desak Jamil Khir letak jawatan





"Menggunakan RM 63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman mereka menghadapi kes permohonan qazaf Anwar adalah suatu perbuatan tercela kerana melibatkan wang milik asnaf yang sewajibnya diagihkan,” katanya.

Nasrudin berkata, mereka tiada hak dan kelayakan menggunakan wang zakat kerana mereka bukanlah asnaf."


Ini lah sifat munafik yang dipamerkan oleh menteri menteri UMNO. Duit zakat pun dia orang nak belasah. Apa punya manusia, melayu islam pulak tu.  Iskkk! bikin malu melayu dan islam. 

Cuba engko orang bayangkan, menggunakan RM63,650 wang zakat semata mata untuk membayar kos guaman untuk berhadapan dengan kes permohonan qazaf Anwar. Memang lahanat lah ulama ulama UMNO nih.

Ayuh! PAS khususnya dan rakyat sekelian amnya, Hapuskan semua ulama ulama cetak rompak yang bersubahat untuk merompak harta rakyat termasuk wang zakat.

Lawan tetap lawan!

 PAS mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Jamil Khir Baharom meletak jawatan berikutan skandal penyelewengan wang zakat untuk membayar kos guaman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali  tidak boleh lari dari tanggungjawab setelah berdepan dengan dakwaan pecah amanah dan salah guna .
Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dikatakan turut terlibat dengan penggunaan wang tersebut.
“Paling ringan, tanggungjawab yang mesti diambil oleh mereka ialah meletakkan jawatan. Perletakan jawatan  akan memudahkan proses siasatan diambil apabila dakwaan rasmi telah dikemukakan ke atas salah laku mereka.
“Menggunakan RM 63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman mereka menghadapi kes permohonan qazaf Anwar adalah suatu perbuatan tercela kerana melibatkan wang milik asnaf yang sewajibnya diagihkan,” katanya.
Nasrudin berkata, mereka tiada hak dan kelayakan menggunakan wang zakat kerana mereka bukanlah asnaf.
Katanya,  Jamil Khir cuba untuk melarikan diri dari isu ini apabila menuding kononnya ini adalah propaganda pembangkang.
Sedangkan,  isu ini adalah jelas bagaimana beliau menggunakan wang zakat dan ternyata beliau tidak boleh menafikan kesohihan dakwaan tersebut.
Mufti diseret
Lebih kesal, tambah ketua Pemuda PAS itu, apabila mufti turut diseret oleh beliau untuk mengeluarkan kenyataan mempertahankan kebatilan.
Jamil Khir, katanya, seliau selaku menteri agama iaitu orang yang bertanggungjawab terhadap amanah umat Islam.
Beliau berkata, mufti selayaknya mengeluarkan kenyataan untuk memelihara dan memihak kepada kebenaran bukan mencari akal untuk membebaskan salah laku mereka yang bertaraf menteri.
Pada  11 Januari 2010, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar Iterhadap Saiful Bukhari Azlan.
Che Mat  sebagai Setiausaha MAIWP] telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.
Geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com