Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday, 10 October 2011

Jangan sabotaj parti - Najib






Dalam keghairahan mendabik dada selepas  pembentangan bajet 2012, rupa rupanya dihati kecilnya berkata kata dan ada syak wasangka bahawa macai macai dan anjing anjing disekelilingnya akan menjatuhkannya!

Kita hidup ibarat roda. Ada ketika kita berada dipuncak dan ada ketika kita akan kebawah jua mengikut putarannya.Kerana mulut badan binasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kah.....Kah.....Kah.....Ngko orang faham tak?

Kah.....Kah.....Kah.....Aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis!!!!!

Kah.....Kah.....Kah.....Kah.....Kah.....

Negara Berkebajikan: Najib tak faham atau buat-buat tak faham





Dalam membentangkan Bajet 2012 Jumaat lepas, sempat lagi PM Najib menyindir konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS. Katanya: “Kita kini mendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan? ”
Dan bagi menghuraikan negara kebajikan ala BN yang difahami oleh Najib itu, maka disebut kemudiannya: ”Tidakkah berkebajikan kerajaan Barisan Nasional kini, apabila:

Ibrahim Si Tidur, Najib Si Pelancong mahu gaji naik!





“Bangun, angkat tangan bagi sesiapa yang berfikir Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali dan Perdana Menteri Najib Razak berhak mendapat peningkatan gaji. Tidak, tidak, bukan awak Ibrahim, awak tak boleh mengundi untuk diri sendiri! Dan kamu Rosmah, kamu mana boleh mengundi untuk Najib!”
Salah satu perkara yang memeningkan kepala takala Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2012 tempoh hari ialah Ibrahim Ali akan menerima elaun tambahan mulai tahun hadapan. Ini berlaku selepas beliau dirakamkan tertidur sewaktu sidang Parlimen. Apa pesanan sebenar yang dihantar Najib? Adakah malas dan ketiduran sewaktu bekerja akan diberikan ganjaran? Melainkan Najib mahu menganugerahkan beliau atas khidmat beliau menjadi ketua ‘gedebe’ kaum Melayu rasis bak ‘samseng Kampung Dusun’.
Sudah tentu, semua Ahli Parlimen BN termasuk Najib sendiri akan menerima lebih dari itu. Dan kita perlu bertanyakan soalan ini sekarang, untuk apa peningkatan gaji ini sebenarnya? Untuk memudaratkan ekonomi? Untuk menghuru-harakan hubungan antara kaum? Untuk kenaikkan harga barang? Kerana itu jugalah sebabnya kenapa Ahli Parlimen BN sibuk ‘bekerja’ selama ini.

Ditemui mati pada hari jadi





KEPALA BATAS – Dua sahabat yang hilang selepas tenggelam secara tiba-tiba ketika mandi bersama 13 rakan lain di muara Sungai Muda di Kampung Kuala Muda, Penaga di sini kelmarin ditemui mati lemas semalam.
Mayat Mohammad Hafiz Mustapa, 13, ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira satu kilometer dari lokasi dia bersama seorang lagi rakan, Mohd. Harraz Bukhori, 13, tenggelam pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Amat menyedihkan Mohammad Hafiz ditemui mati pada hari dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 semalam.

Pertandingan dukung isteri





RESORT RIVER SKI - Pasangan Rocco Andreozzi dan Kim Wasko menang dalam Kejohanan Mendukung Isteri di sini, Amerika Syarikat kelmarin.
Mereka menamatkan larian terakhir dengan masa 49.64 saat manakala tempat kedua dirangkul oleh David dan Lacey Castro dengan masa 52.39 saat.
Seramai 47 peserta menyertai pertandingan itu dengan pemenang akan bertanding dalam Kejohanan Mendukung Isteri Peringkat Dunia.
Antara acara yang perlu para peserta lakukan ialah berlari mendaki bukit dan merempuh halangan kawasan yang berlumpur semasa mendukung pasangan mereka.
Pemenang pertandingan menerima cek bernilai AS$620 (RM1,956).

Tahniah dan terima kasih SPRM!






Suruhanjaya itu yang begitu agresif bertindak negeri-negeri Pakatan Rakyat gagal menemukan walaupun satu kes kukuh untuk diheret ke mahkamah.
Dalam pergolakan politik tempatan, umum mengetahui wujud usaha bersungguh-sungguh Barisan Nasional (BN) untuk melemahkan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) di mata masyarakat.
Lebih-lebih lagi pengaruh kuat beberapa pemimpin utama PR terhadap masyarakat negara ini, termasuklah sekadar menyebut beberapa nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.
Ia bukanlah sesuatu yang patut dianggap pelik, malah di pihak PR juga turut menjalankan usaha-usaha untuk melemahkan pengaruh BN bagi persediaan menghadapi pilihan raya nanti.
Bagaimanapun bagi sesetengah masyarakat negara ini percaya rancangan BN untuk menjerat PR dijalankan secara bersepadu yang melibatkan badan penguatkuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain.

Belanjawan 2012; kenaikan harga 'umpama semut'





- akan mengejar segala 'janji manis' 

KUALA TERENGGANU
 - Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional boleh gembira dalam sehari dua, sebaliknya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab menjelang seminggu selepas bajet 2012 dibentang,

Menurut Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, rakyat sebenarnya sudah bijak menilai dan mampu melihat apa sahaja yang ditawarkan kerajaan sama ada memberi keuntungan atau sebaliknya.

“Mungkin tahun depan orang  akan tahu implikasi sebenar bajet, iaitu siapa yang benar-benar dapat atau tidak. Kalau keadaan ini berlaku (tidak menguntungkan rakyat) ia akan menjejaskan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran laman blog Muslimat di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, pada Sabtu 8 Oktober

Bajet kecil, tapi bantuan segera







KEMAMAN - Walaupun tidak ada bajet besar, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, memberikan sumbangan 'kilat' kepada mana-mana warga Chukai yang ditimpa musibah tanpa batasan politik.

Bukan seperti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan menyediakan kebajikan 'berjuta-juta' kononnya, tapi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hanya datang mengambil gambar.

Itulah ungkapan yang disampaikan kepada skuad BO oleh Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika ditemui menziarahi sepasang warga muda Chukai di Jalan Air Putih, disini.

Menurut Haji Hanafiah, rumah pasangan tersebut Mohd  Razis Aziz, 28, dan isterinya Wan Kamalia Wan Mansor, 25, telah terbakar kira-kira jam 11 pagi semalam, Ahad 9 Oktober.

PRU-13 tak akan di November selepas Bajet gagal mendapat sambutan





Pemimpin PKR tidak menjangka bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada hari Isnin, menunjukkan tiada sambutan bagi Belanjawan 2012 walaupun pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan untuk  "membeli pengundi”.
"Tidak seperti negara berdemokrasi matang, di mana tarikh pilihan raya umum adalah tetap, di Malaysia, ia mengikut suka hati PM dan isteri beliau, Rosmah Mansor. Pakatan Rakyat akan kekal berjaga-jaga tetapi terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa mereka akan berpaut dengan kuasa yang dimiliki pada masa yang lebih lama, " Naib Presiden PKR  dan Pengerusi MCA Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
Jui Meng sebenarnya merujuk kepada  isteri Najib, Rosmah yang terkenal kerana memainkan peranan yang sangat besar di sebalik tabir. Ada juga yang menganggapnya sebagai kuasa di sebalik takhta Najib.

PM: `Pilihan raya dah dekat’






Datuk Seri Najib Tun Razak juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong petani dan nelayan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat.
Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata “gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai”

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com