Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday, 10 October 2011

Negara Berkebajikan: Najib tak faham atau buat-buat tak faham





Dalam membentangkan Bajet 2012 Jumaat lepas, sempat lagi PM Najib menyindir konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS. Katanya: “Kita kini mendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan? ”
Dan bagi menghuraikan negara kebajikan ala BN yang difahami oleh Najib itu, maka disebut kemudiannya: ”Tidakkah berkebajikan kerajaan Barisan Nasional kini, apabila:

Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;
Kedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar;
Ketiga: Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar; dan
Keempat: Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.
Kesimpulannya, keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja 2.3 bilion ringgit dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?”
Jelas, apa yang difahami oleh Najib tentang konsep negara berkebajikan hanyalah dalam bentuk harga asal barang makanan, kemudiannya mendapat subsidi dari kerajaan BN yang baik hati dan berkebajikan itu.
Kesimpulan yang terlalu simplistik, bahkan sangat dangkal dengan konsep yang sangat jauh difahami oleh PAS. Kebajikan bukan hanya dalam bentuk subsidi tetapi melangkaui jauh dari itu. Justeru, Presiden PAS yang cepat memberikan respon untuk isu negara berkebajikan ini dalam pembentangan Bajet 2012 menjawab kedangkalan Najib ini.
Benarkah Najib tidak faham konsep negara berkebajikan tawaran PAS? Atau buat-buat tidak faham? Zaman ini zaman IT canggih, boleh dibaca, didengar dan dilihat dalam pelbagai bentuk medium penerangan tentang konsep negara berkebajikan itu. DSTG Presiden PAS telah kemukakan dalam Muktamar PAS ke 57 dahulu. Ucapannya ada dalam bentuk youtube, teks yang boleh dibaca-soft copy dan hard copy, ditambah dengan sebuah buku khas mengenai konsep Negara Berkebajikan. Juga ucapan dalam program khusus anjuran Dewan Ulama PAS Terengganu di Markas PAS Kuala Ibai, ucapan di Parlimen sendiri secara langsung dan dari mulut. Benarkah masih tak faham atau sengaja buat-buat tak faham?
DSTG Presiden sekali lagi membuat penerangan tentang konsep negara berkebajikan itu untuk ke sekian kalinya sebagai respon kedangkalan Najib itu dalam pembentangan Bajet 2012 dengan menggariskan tiga asas utama Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.
“Pertamanya, Negara Berkebajikan mesti ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti.
“Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.
“Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua.
Integriti! wa ma adraaka ma integriti! (Tahukah kamu apakah itu integriti). Isu pembunuhan Altantuya, komisen kapalselam, cincin berjuta, kos belanja di luarnegeri, kos baiki rumah, bil elektrik dan lain-lain menghantui kepala saya apa itu integriti. Royalti petroleum Terengganu dan Kelantan menidakkan ciri wajib tolong dengan adil. Konspirasi tuduh liwat bercanggah dengan nilai kepimpinan berakhlak.
Ketiga-tiga ciri inilah yang hampir hilang dari kepimpinan negara di peringkat Pusat sekarang yang memerintah Malaysia melalui sistem pilihanraya tempang, di samping penafian hak negeri Pakatan Rakyat, ditambah dengan pembolotan harta negara oleh segelintir penguasa walaupun ayat al-Quran yang berkaitan dengan harta yang beredar di kalangan orang berkuasa itu juga dimasukkan dalam Bajet ini. Saya bimbang ayat al-Quran itu bukannya mengukuhkan pembentangan Bajet tetapi sebaliknya ‘kena’ ke atas kepala sendiri

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com