Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday, 22 November 2011

Media baru, pengundi muda ancaman Umno BN




Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada Umno BN dalam PRU 13 akan datang,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, kebimbangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.
“Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN





Kah!.....Kah!.....Kah!.....Gali kuboq sendiri
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Dah buang tabiat
Dalam saat saat genting macam ini pun UMNO/BN sanggup lagi mengeluarkan akta akta baru yang dimana diibaratkan mengali kubor sendiri. Aku sendiri hairan dan tertanya tanya otak lembu mana yang dia orang gunapakai untuk menghasilkan akta akta lapuk ini.
Tubuhbadan akta yang sama, hanya pakaiannya saja yang baru dibeli diMaidin  Store.Mungkin bagi dia orang akta tersebut akan kelihatan kemas dan rapi apabila dikenakan dengan baju baru yang juga baru dibeli.
Almaklumlah tubuhbadan akta tersebut kan dah kerepot dan bergendut gendut pula tu.Dah tua sangat sangat tapi nak dibuang sayang pula.
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Menghitung hari
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Bila nak mampusssss

Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semata





Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular.
Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi.
Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan.

Lelaki Hancurkan Kereta Dengan Tangan Kosong Ala Street Fighter






LELAKI berpakaian seperti salah satu watak video game popular Street Fightermenghancurkan sebuah kereta menggunakan tangan kosong.

Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan menghentak dan mengoyakkan sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu rakaman video di YouTube.

Selepas berulang kali menendang dan menumbuk kereta tersebut, dia kemudiannya meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.

Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.

Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush.





Selena Gomez Ucap Tahniah Kepada Harimau Malaya








Kah!.....Kah!.....Kah!.....Kelakar, kelakar

Kah!.....Kah!.....Kah!.....!!!!!!!!!

KEMENANGAN pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya ke atas Indonesia benar-benar dirasai dan memberi impak besar kepada penyokong pasukan kedua-dua negara.

Penyokong pasukan bola sepak Indonesia yang kecewa telah melancarkan perang cyber ke atas laman web dan laman sosial milik artis Malaysia menyaksikan beberapa laman berjaya digodam sejak malam tadi.

Sukan SEA: Kalah bola, pelajar Malaysia di Indonesia diugut bunuh







JAKARTA, 22 Nov – Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.
Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.
Setelah mendapat kecaman, pengguna Twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu.

Protes Berterusan, Ahli Kabinet Mesir Tawar Letak Jawatan





MEDIA tempatan Mesir melaporkan bahawa ahli kabinet negara itu menawarkan untuk meletakkan jawatan selepas menghadapi protes besar menentang pemerintahan tentera.

Jurucakap kabinet, Mohammed Hegazy berkata perletakan jawatan itu bagaimanapun belum lagi diterima oleh majlis tentera.

Puluhan ribu rakyat Mesir kini membanjiri Dataran Tahrir di Cairo, Mesir.

P Ramlee pengkritik sosial sepanjang zaman




Hari Isnin kira-kira tiga minggu lalu, sedang saya bersantai di ruang tamu sambil membaca bacaan ringan, tiba-tiba konsentrasi saya terganggu apabila terdengar dialog dari sebuah filem di kaca TV yang tidak asing bagi saya.
Saya pun segera menutup lembaran buku tadi dan memberikan perhatian ke rancangan tv yang sedang menayangkan filem Nujum Pak Belalang lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu.
Ya, memang benar seperti yang banyak dikatakan orang, menonton filem-filem lakonan Allahyarham memang tidak menjemukan walaupun filem-filem itu telah ditonton berkali-kali, ia masih menghiburkan.

Hisham: Penahanan tanpa bicara tetap dikekalkan





Undang undang baru ciptaan UMNO. Ibarat menukar sarung bantal, sarung saja yang baru tapi  bantal yang sama digunakan semula. Apa ke jadahnya? baik tak payah dihapuskan akta ISA yang sedia ada. Guna pakailah apa yang dah sedia ada. Bangang! undang undang baru konon.

Ini Negara Malaysia bukan Amerika Syarikat, United Kingdom mau pun Australia. Kalau ngko orang nak kena rujuk kepada negara negara tersebut untuk menggubal sebarang akta atau dijadikan contoh, secara tak langsung UMNO/BN tidak layak dan tidak berhak untuk memerintah negara yang berdaulat seperti Malaysia.

Jangan dijadikan Malaysia sebuah negara kafir. Sepatutnya contohi negara negara islam lain yang mana al-kur'an dan hadith hadith dijadikan rujukan dan ikutan.

Malu!.....Malu!.....Malu!..... Aku Malu dan sedih

Sedih!....Sedih!.....Sedih!.....Malaysia diperintah dan dikuasai oleh gulungan gulungan lembu

New law replacing ISA will include detention without trial: Minister







The Bull Shit Law - UMNO new law and the man himself

Bas skuad bola sepak Malaysia diserang penyokong Indonesia sebelum perlawanan





Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26

JAKARTA: PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.

Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlang sung. 

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com