Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday 22 November 2011

Protes Berterusan, Ahli Kabinet Mesir Tawar Letak Jawatan





MEDIA tempatan Mesir melaporkan bahawa ahli kabinet negara itu menawarkan untuk meletakkan jawatan selepas menghadapi protes besar menentang pemerintahan tentera.

Jurucakap kabinet, Mohammed Hegazy berkata perletakan jawatan itu bagaimanapun belum lagi diterima oleh majlis tentera.

Puluhan ribu rakyat Mesir kini membanjiri Dataran Tahrir di Cairo, Mesir.

Lebih 20 orang dilaporkan terbunuh, manakala hampir 1800 orang cedera di dalam keganasan akibat tunjuk perasaan selama tiga hari di ibu kota Mesir itu.

Dataran Tahrir menyaksikan sekitar 10 ribu penunjuk perasaan enggan berganjak di dataran itu sehingga lewat malam, manakala siren ambulan sering kedengaran silih berganti membawa mereka yang tercedera ke hospital.

Kumpulan-kumpulan aktivis Mesir meminta majlis ketenteraan menyerahkan kuasa kepada satu kerajaan yang terdiri daripada orang awam.

"Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf telah menyerahkan perletakan jawatannya kepada Majlis Ketenteraan" kata jurucakap kabinet Mohammed Hegazy lapor media tempatan negara itu.

"Memandangkan keadaan yang semakin buruk, negara akan terus berjalan, kerajaan akan terus bekerja sehingga perletakan jawatan diterima".

Sumber ketenteraan pula melaporkan bahawa majlis sedang bermesyuarat pada waktu ini untuk membincangkan tawaran kabinet itu. Namun sehingga kini belum ada kata sepakat dicapai untuk menerimanya.

Penunjuk perasaan di Dataran Tahrir pula dilaporkan mula melaungkan "Allahu Akbar" sebaik sahaja mendengar berita bahawa kabinet telah menghantar perletakan jawatan.





No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com