Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 15 January 2012

‘Senator Rosmah’ bantu Najib pulihkan ekonomi?





Percubaan oleh keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menempa nama di persada dunia korporat Malaysia telah dikritik hebat - seperti biasa, secara diam-diam oleh profesional bahagian pemasaran kerana takut kehilangan pekerjaan keselesaan yang mereka sedang nikmati.
Malah, penyokong setia BN juga berpendapat bahawa Wanita Pertama Malaysia Rosmah Mansor belum hilang dahaga untuk memainkan peranan yang lebih besar dan mungkin juga rasmi dalam ekonomi Malaysia. Ini akan menyebabkan pengkritik lebih menyampah peranannya tidak boleh sampai kepada itu kerana dia bukanlah eksekutif yang dipilih dalam pilihanraya.

Kah!....Kah!....Kah!....Melampau...Kaduk naik junjung
Kah!....Kah!....Kah!....Haru biru nanti kome wehhh
Apakah sudah hilang kewarasan manusia kini. Tidak dinafikan apa yang dinyatakan adalah benar belaka. Kita pernah dikejutkan baru baru ini dengan kemunculan anak Najib yang berusia 28 tahun hasil daripada perkahwinan pertama , Nazifuddin - yang mula-mula menimbulkan kemarahan dengan agresifnya mengumumkan akan memasuki Harvest Courts sebuah firma kayu yang bermasalah baru sahaja keluar dari status itu.

"Melainkan Najib melantiknya sebagai Senator, beliau tidak mempunyai hak untuk berkata apa-apa dalam hal ehwal negeri kecuali berkongsi pendapat dan memberi nasihat kepada Najib secara peribadi. Selain daripada itu dia tidak perlu masuk campur,"

Rosmah yang sudah berusia 60 tahun itu, bekas jurubank, tidak boleh menerima semua itu. Terkenal dengan sikap ala-ala Imela Marcos seperti tabiat berbelanja, dia dituduh memasuki pasaran saham melalui ahli korporat baru Deepak Jaikishan, bekas peniaga permaidani yang menjadi jutawan minyak dan gas.
Siapa dia Deepak Jaikishan?
Apakah perlu kita berdiam diri membiarkan orang orang saperti ini, mengucar kacirkan ekonomi Malaysia?
Benar atau tidak, yang pasti
Lawan tetap lawan!

Manis kahwin enam bulan





Seorang isteri muda baru enam bulan berkahwin ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar dan tubuhnya ditikam beberapa kali di rumahnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.
Mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring berlumuran darah di dapur rumah oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27, sejurus pulang daripada menoreh getah kira-kira jam 5.40 petang.

Masya'allah, siapalah yang tergamak melakukan sedemikian rupa. Sudah hilang rasa perikemanusiaan.
Aku mengucapkan takziah kepada keluarga Nornadia Abu Bakar. Banyak banyak lah bersabar. Terimalah ketentuan allah dengan redho dan hati yang terbuka. semuga rohnya dicucuri rahman oleh allah....Amin!.
Alfatihah.....

Saat genting Nik Aziz di hospital





Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini.

"Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!'

"Kalau kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi.


Apa lagi yang harus aku perkatakan tentang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Engko orang fikir sendirilah  berpandukan kepada sebahagian komen2 rakyat Malaysia dibawah ini.


"TIADA PEMIMPIN POLITIK DI MALAYSIA YANG PALING BERSIH SELAIN Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat...SEMOGA TUHAN MEMELIHARA BELIAU DENGAN KESEJAHTERAAN DAN KERAHMATAN...SIAPA SETUJU SILA LIKE"...Man Bai Jr. 


"nik aziz pemimpin yang amanah dan jujur... terbaik untuk semua takbir..... allahuakbarrrrrrrrrr hidup pakatan"Rahman Ramli 


"Allahuakbar.. Ya Allah limpahkanlah kesihatan pada Tok Guru utk memimpin kami ke Putrajaya.amin"Nrrm Man


"pemimpin yang paling aku sayang nik aziz kerana dia lah maknusia yang amanah dan jujur , ya allah beri la kesihatan yan baik untuk tok guru nik aziz .. AMIN".Rahman Ramli 


"salute tok guru nik aziz..walaupun BN MENGAtakan anda nyayuk..sesat..udah dimakan usia...tetapi x ada pemimpin dari kalangan mereka yang sebersih anda"...Hafizul Faiz


"saya amat kagum dengan kepimpinan nik aziz, memang bn selalu cuba memburuk-burukkan beliau dengan segala saluran propaganda, tapi rakyat dapat melihat dengan jelas hati murni nik aziz, semoga beliau terus sihat"Steve Lee 


Ya Allah, kau panjangkanlah usia TG Nik Aziz agar beliau dapat bersama sama seluruh rakyat Malaysia menyaksikan PR menawan Putrajaya....!!! perkenankanlah permintaan hambamu ini Ya Allah..... AMIN ......Salehudin Hanafi 



Wahai kaum kaum dan sukasakat sukusakat UMNO yang terlalu fanatik, apa lagi yang engko orang akan perkatakan. Sudah jelas dan nyata, "rumah kata pergi kubur kata mari"

Kah!....Kah!....Kah!....

Kah!....Kah!....Kah!....

Lawan tetap lawan!



@Sorry bro, aku pinjam engko orang punya komen la. kira halal bro


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com