Tubuh diraba selepas tolak ajakan seks teman sekerja
Seorang remaja perempuan yang baru dua minggu bekerja di sebuah pasar raya di Selayang bagi menghabiskan cuti persekolahannya dicabul rakan sekerja.
Sumber berkata, ibu mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan rakan sekerja anak perempuannya itu yang juga dipercayai warga asing, membuat laporan polis kelmarin. Menurut sumber itu, dalam kejadian Khamis lalu, mangsa bekerja dengan lelaki terbabit jam 11 pagi dan ditegur lelaki itu dengan perkataan lucah.
“Suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks, namun mangsa menolak ajakan suspek.
“Suspek yang tidak berpuas hati meraba badan mangsa. Tindakan suspek menyebabkan mangsa takut lalu melarikan diri,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendakwa dia sekali lagi diganggu suspek dengan menghubunginya meminta mangsa mengirimkan SMS dan gambar bogel mangsa.
Kata sumber, mangsa yang bimbang diganggu suspek memaklumkan insiden itu kepada ibunya.
“Mangsa dibawa membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan polis lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.
No comments:
Post a Comment