Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday 16 November 2011

Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak




Dahsyat!.....Dahsyat!.....Dahsyat!.....Cempedak dah menjadi nangka

Sebuah syarikat yang entah ujud dari planet mana tiba tiba meletup satelah anak kedua Najib dilantik menjadi pengarah pada 28 Oktober lalu. Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November lalu.

Dahsyat!.....Dahsyat!.....Dahsyat!.....

Baru 28 tahun dan baru dilantik menjadi pengarah sudah mempunyai wang untuk membeli dua hingga tiga juta saham syarikat tersebut.

Dahsyat!.....Dahsyat!.....Dahsyat!.....Apa pendapat ngko orang Wehhh?

Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu




Perlukah kita berasa kasihan dan simpati kepada Najib dan Rosmah? Satu soalan yang harus dijawab oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegur sebelum ini.

Adakah mufti Perlis yang tersalah sangka atau Datuk Seri Jamil dan Datuk seri Abdullah kah yang hanya lebih kepada budaya ampu? 

sayang!.....Sayang!.....Seribu kali sayang.....

Anda semua bagaimana dan apa pula pendapat anda semua?

152,000 anak luar nikah direkod pada 2008-2010




Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

PERKASA nafi desak guru Kristian diharamkan




Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.
NONEPresidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pihak yang tidak dinamakannya cuba mereka cerita dan menyebarkannya atas nama PERKASA.

"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.

Video seks: Polis mahu saya sibuk, kata Anwar




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas dirinya atas dakwaan membuat laporan palsu berhubung tayangan video seks oleh 'Datuk T', semata-mata untuk memastikan dirinya sibuk.

Kes fitnah: Permohonan Hisham batal kenyataan Anwar ditolak




Kah!.....Kah!.....Kah!.....Kantoi sudahhhh

Kah!.....Kah!.....Kah!.....RM25,000, banyak  tuuuu!

Lain kali kalau nak cakap sesuatu atau apa apa perkara pandang pandang la kiri kanan dulu. Mentang mentang dia menteri, ikut sedap mulut je nak bercakap.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Kah!.....Kah!.....Kah!.....termasuk dalam gulungan lembu lembu juga

Kah!.....Kah!.....Kah!.....Hip hip Hureyyyyyy

Isu jet: Zahid akan jawab penuh selepas lawat Rusia




Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan membuat penjelasan penuh mengenai pemilik jet peribadi yang beliau tumpang ke Mekah baru-baru ini sekembalinya dari lawatan rasmi ke Rusia.
“Saya kini di Moscow, ada tugas rasmi. Balik nanti saya akan beri jawapan,” kata beliau (gambar) dalam respons SMS kepada The Malaysian Insider, yang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jet peribadi tersebut dan pemiliknya.
Isu ini timbul apabila beliau dikatakan pergi menunaikan haji menggunakan jet peribadi.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com