Dahsyat!.....Dahsyat!.....Dahsyat!.....Cempedak dah menjadi nangka
Sebuah syarikat yang entah ujud dari planet mana tiba tiba meletup satelah anak kedua Najib dilantik menjadi pengarah pada 28 Oktober lalu. Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November lalu.
Dahsyat!.....Dahsyat!.....Dahsyat!.....
Baru 28 tahun dan baru dilantik menjadi pengarah sudah mempunyai wang untuk membeli dua hingga tiga juta saham syarikat tersebut.
Dahsyat!.....Dahsyat!.....Dahsyat!.....Apa pendapat ngko orang Wehhh?
Harga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.

Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.
The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.
Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.

Nazifuddin, 28,adalah anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertamanya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu bercerai pada 1987 dan Najib kemudiannya berkahwin dengan isterinya sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor.
Chan, ahli perniagaan yang aktif di Sabah, memiliki saham yang kukuh dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu.
Nazifuddin merupakan pengerusi Sagajuta.
No comments:
Post a Comment