Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday 16 November 2011

PERKASA nafi desak guru Kristian diharamkan




Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.
NONEPresidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pihak yang tidak dinamakannya cuba mereka cerita dan menyebarkannya atas nama PERKASA.

"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.

"Saya percaya ini adalah satu soalan jahat dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh mereka bagi mencipta pelbagai cerita dalam media baru.

"Ataupun ia telah dibuat oleh individu-individu tertentu sebagai pandangan peribadi mereka. Mereka tidak pernah diberi kuasa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PERKASA," katanya semasa mencelah jawapan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang menjawab soalan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN-Tuaran ).
NONEBumburing, semasa soalannya, meminta kementerian pelajaran supaya menjelaskan pendirian berhubung desakan PERKASA yang didakwa menuntut supaya guru Kristian dilarang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan.

PERKASA pada 19 Ogosberdemonstrasi di Masjid Negara bagi menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin Melayu pelbagai parti yang didakwa "kebulur" undi Kristian hingga "menggadaikan maruah Islam".

Bidas kementerian

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.
NONEMereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan serta dihalau dan dijauhkan dari murid Melayu.

Bagaimanapun, ditanya tentang gesaan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.
Selain menafikan PERKASA membuat desakan itu, Ibrahim juga menuntut ingin tahu akhbar yang menyiarkan berita berkenaan. Beliau juga membidas kementerian pelajaran kerana tidak menyemak dengan NGO itu sebelum membenarkan soalan itu.

Setelah dibenarkan oleh speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menjawab,  Bumburing berkata bahawa beliau tidak mempunyai niat buruk dalam mengajukan soalan berkenaan.
NONESebaliknya, Bumburing yang juga timbalan presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko) berkata beliau terpaksa menimbulkan soalan itu keraan guru-guru bimbang dengan desakan PERKASA itu dan memintanya mendapatkan penjelasan.

"Jika terdapat kesilapan dalam laporan akhbar, biasanya mesti ada pembetulan atau jawapan, tetapi ini tidak ada apa-apa. Jadi guru-guru (Kristian) bimbang, saya sebagai ahli parlimen telah diminta untuk mendapatkan jawapan (daripada kementerian)."



No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com