Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 22 October 2011

Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah




ursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.
"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.
"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.

Detik-detik terakhir Gaddafi




SIRTE - Imej ngeri menunjukkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berlumuran darah dan ketakutan semasa diheret oleh pemberontak tersebar dengan cepat di seluruh dunia selepas kematian dramatik pemimpin itu di bandar kelahirannya di Sirte, kelmarin.

Walaupun cerita tepat mengenai kematian Gaddafi masih kabur dengan pelbagai kenyataan bercanggah dikeluarkan pemberontak dan kerajaan baru Libya, rakaman detik-detik terakhir hidup Gaddafi yang penuh kekecohan memberi sedikit petunjuk mengenai apa yang berlaku.

Berdasarkan rakaman itu, Gaddafi masih hidup semasa ditangkap sedang bersembunyi di dalam terowong air di Sirte. Video dirakam seorang pemberontak itu menunjukkan Gaddafi seperti dalam keadaan keliru dan tercedera semasa rambutnya ditarik dan diheret turun dari bonet sebuah kenderaan.

Buku ‘Seks Suci Islam’: Akhbar salah lapor




PETALING JAYA: Presiden Kelab Taat Suami (KTS) Hatijah Am menyifatkan laporan akhbar berhubung penerbitan buku ‘Seks Suci Islam’ (SSI) hanyalah salah faham sehingga menimbulkan interpretasi buruk daripada pelbagai pihak.
Hatijah yang juga dikenali sebagai Ummu Jah berkata pihaknya melahirkan rasa kecewa di atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan buku itu tanpa pengetahuan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).
Maka pimpinan GISB dan KTS tampil membuat penjelasan kepada pihak media dan menegaskan bahawa pengedaran buku itu hanya untuk ahli sahaja.
Ummu Jah berkata salah faham itu timbul apabila laporan mengenai perhubungan seks antara suami dengan empat isteri dilakukan secara serentak dan kaitannya dengan roh yang disuburkan melalui perlakuan tersebut.

'Kita dikembalikan ke zaman S'pura dilanggar todak'




Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) terhadap Prof Dr Abdul Aziz Bari umpama 'mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak"

"... di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan," kata Husam yang juga exco kerajaan Kelantan dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berharap Prof Dr Abdul Aziz akan terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran.

"Dalam masa yang sama, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam," tambahnya.

Timbalan Menteri: Tarik balik penggantungan Aziz Bari




Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Malaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

Tekanan gesa dedah butiran kematian Gaddafi meningkat




TRIPOLI — Pihak berkuasa Libya berhadapan dengan tekanan agar memberikan butiran terperinci berhubung kematian bekas pemimpinnya Kolonel Muammar Gaddafi yang mati terkena peluru di kepala sejurus selepas ditangkap kelmarin.

Amerika Syarikat (AS) berkata pihak berkuasa negara utara Afrika itu harus melakukannya secara terbuka dan telus.
Malah PBB juga menggesa agar diadakan siasatan mendalam selepas rakaman video menunjukkan Muammar masih hidup ketika ditangkap dan kemudian diumumkan terbunuh.

Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus






KUALA LUMPUR, 22 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini.
Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa “serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari” sebagaimana dikatakan oleh Rektor Prof Dr Zaleha Kamaruddin semalam.
“Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat,” kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini.

Sukar buktikan penggunaan pukau




KUALA LUMPUR - Pukau bukan kesalahan jenayah yang boleh disabitkan hukuman sebaliknya ia taktik digunakan untuk memperdaya mangsa dalam melakukan aktiviti penipuan terancang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengakui polis ada menerima laporan mangsa yang mendakwa dipukau hingga kerugian harta benda atau wang.
“Polis akan mengenal pasti sama ada kejadian yang menimpa mangsa itu mempunyai elemen penipuan atau tidak meskipun mangsa mendakwa dipukau.
“Kesalahan menipu diperuntukkan dalam Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang mempunyai elemen memperdayakan,” katanya.

Babun buka pintu kereta larikan barang








CAPE TOWN - Seekor babun membuka pintu dan melarikan beberapa barang dari sebuah kereta di pinggir Cape Town, Afrika Selatan kelmarin.
Babun itu yang merupakan sejenis beruk besar dilihat mengendong seekor anaknya semasa dia melarikan barang dari kereta milik Hendrik Raven.

Lari tinggal 2 anak






PETALING JAYA - Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.
Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi selepas mangsa mendapat panggilan telefon daripada suaminya menyuruh dia turun berjumpa dengannya.

Cikgu Razak ratah murid






PEKAN – Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Felda Chini Timur, dekat sini terpaksa melalui detik hitam dalam hidup apabila dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu sedang menunggu abangnya yang dalam perjalanan untuk menjemputnya pulang ke rumah. 

‘Kalau orang meluat, pemimpin pun jatuh juga’






PULAU PINANG: Tumbangnya pemimpin dunia seperti Muammar Gaddafi adalah peringatan kepada sesiapa sahaja agar tidak takbur dan sombong dengan kuasa.
Ini kerana, jawatan ialah amanah yang datang dengan tanggungjawab, bukan semata-mata kuasa untuk mengumpul kekayaan diri sendiri, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau Allah takdirkan rakyat bangkit, orang seperti Mubarak dan Gaddafi pun diheret juga,” kata Anwar dalam perjumpaan dengan masyarakat Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Kampung Permatang Janggus, hari ini.

Polis biadap, halang saya solat Jumaat – Shamsul





GOMBAK 21 Okt : Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis yang menahannya ketika beliau mahu menunaikan solat Jumaat tengahari tadi biadap dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara di negara ini.
“Saya beritahu polis, kalaupun nak tangkap, bagi saya solat Jumaat dahulu.
“(Malangnya) Saya langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lain.
“Mereka (polis) terus berkasar dengan mengheret saya keluar dari masjid sebelum sebuah kereta peronda membawa kami keluar dari kawasan universiti,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Peguam, ahli akademik teguh di belakang Aziz Bari






Rakan-rakan seperjuangan pakar undang-undang perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari dalam bidang perundangan dan akademik, berdiri teguh di belakang beliau yang digantung tugasnya oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dalam satu kenyataan media semalam, Persatuan Kakitangan
Akademik Universiti Malaya (PKAUM) membantah tindakan tersebut yang dianggapnya telah melanggar kebebasan akademik Aziz Bari dan hak umumnya untuk bersuara.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, presiden PKAUM dan Prof Madya undang-undang, Azmi Sharom (kiri) berkata, Akta Hasutan membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Dalam kes Abdul Aziz, katanya, apa yang telah beliau lakukan adalah semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan.

Menurutnya, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Pensyarah Universiti Malaya itu turut menggesa supaya dihentikansiasatan polis terhadap Abdul Aziz.


Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari






Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.

Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.

Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.


PAS: MP Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah







KUALA LUMPUR, 21 Okt — Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat semalam berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum yang berkaitan syarak, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.
Harun berkata, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Zulkifli di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Mansor Othman: Penggantungan Aziz Bari kolot




Tindakan surat tunjuk sebab terhadap Prof. Dr. Aziz Bari serorang ahli akademi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan satu tindakan yang bukan sahaja pelik tapi terkebelakang dari perspektif menyuburkan budaya pemikiran kritis di negara kita. Pada padangan saya, mana-mana pandangan ilmiah seharusnya diberikan jawapan secara ilmiah dengan diadakan perdebatan secara ilmiah.
Tidak seharusnya pandangan ilmiah dijawab dengan kekuasaan politik. Justeru tidak harianlah mengapa indeks universiti terbaik di Malaysia jatuh merudum pada tahun ini sehingga gagal menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini. Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara  jiran seperti Singapura dan Thailand.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com