Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 22 October 2011

Lari tinggal 2 anak






PETALING JAYA - Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.
Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi selepas mangsa mendapat panggilan telefon daripada suaminya menyuruh dia turun berjumpa dengannya.
Mangsa akur dan turun bertemu suaminya dengan membawa bersama dua anak mereka sebelum berlaku pertengkaran kecil. Ketika itu, suami mangsa yang naik marah menumbuk perut dan menampar mukanya.
“Suaminya turut mencekik mangsa sebelum wanita itu menolaknya dan melarikan diri meninggalkan kedua-dua anaknya bersama lelaki itu,” katanya. Menurutnya, sebelum kejadian, keluarga suami mangsa pernah datang ke rumah berkenaan dua minggu lalu dan mengugut akan ‘menyemadikan’ mangsa sambil melontarkan kata-kata kesat kepadanya.
“Bapa mentua mangsa turut memberi amaran supaya tidak mendekati suaminya lagi berikutan lelaki itu sudah beristeri baru dan hidup bahagia,” katanya.Sehubungan itu, mangsa yang melarikan diri ke rumah seorang lagi rakannya di Jinjang, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com