Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday 22 October 2011

Tekanan gesa dedah butiran kematian Gaddafi meningkat




TRIPOLI — Pihak berkuasa Libya berhadapan dengan tekanan agar memberikan butiran terperinci berhubung kematian bekas pemimpinnya Kolonel Muammar Gaddafi yang mati terkena peluru di kepala sejurus selepas ditangkap kelmarin.

Amerika Syarikat (AS) berkata pihak berkuasa negara utara Afrika itu harus melakukannya secara terbuka dan telus.
Malah PBB juga menggesa agar diadakan siasatan mendalam selepas rakaman video menunjukkan Muammar masih hidup ketika ditangkap dan kemudian diumumkan terbunuh.

Upacara pengebumian ditangguhkan dengan pegawai-pegawai tempatan dan antarabangsa berbelah bahagi mengenai urusan apa yang perlu dilakukan dengan jenazah Muammar (gambar), yang memerintah Libya selama 42 tahun.
Seorang koroner di Misrata dijangka melakukan bedah siasat, lapor saluran BBC.
Bagi kebanyakan rakyat bagaimana Muammar mati tidak menjadi isu besar. Sebaliknya apa yang penting bagi mereka ialah beliau sudah tiada dan malah, rakyat Libya percaya beliau tidak akan kembali.
Laporan itu berkata pihak-pihak yang ditemui mengatakan bahawa beliau tidak mengalami kecederaan ketika ditangkap.
Tetapi kemudian dikerumuni oleh kumpulan perusuh yang marah.
Rakaman telefon bimbit menunjukkan ada yang berhujah sama ada perlu membunuh Muammar ataupun sebaliknya.
Beberapa jam kemudian Muammar diisytiharkan terbunuh akibat terkena peluru di kepala dan tiada siapa yang tahu pihak yang melepaskan tembakan.
Beratus-ratus orang beratur panjang untuk melihat jenazah Muammar di bilik simpanan daging di Misrata.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com