Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 16 October 2011

Adakah Naijb menyorokkan sesuatu? Laporan audit masih hilang





Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sedang berang. Sidang Parlimen sudah hampir menjelang dua minggu, tetapi, laporan Ketua Audit masih belum diserahkan ke Dewan. Mereka juga bimbang sekiranya terdapat perkara-perkara di dalam laporan itu yang cuba disorokkan oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita merancang untuk memfailkan usul berkenaan perkara ini kerana hari ini adalah hari keempat kita berdebat soal Belanjawan 2012, tetapi laporan masih belum ada,” Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar memberitahu sidang media di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Komplot pastikan Zambry bukan MB







"Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13".

Aku dah agak dah, mamak haram seko ni tak akan lama atau kekal menjadi MB Perak. Banyak sangat bahana yang mamak ni ujudkan. MB bidan terjun katakan.

Kes terbaru yang mamak ni ujudkan ialah pemberian tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375. Maka sudah tentu la ramai didalam UMNO tidak setuju atau gembira dengan tindakan mamat haram ni.Lagi pun juak juak UMNO ni semuanya tamak tamak belaka. 

Ada desas desus dari sumber dalaman UMNO bahawa satu konspirasi telah diujudkan untuk memastikan simamak haram ni tidak akan menduduki kerusi MB lagi

Pancung!.....jangan tak pancung..... Pancung!.....jangan tak pancung

Kah!.....Kah!.....Kah!.....kamu tau la nasib kamu nanti


Ramai ahli Umno Perak tidak gembira dengan pemberian tanah oleh Menteri Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir kepada kroninya.

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.
“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.
Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.
Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.
Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.
“Sebelum PRU 2008 Zambry pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebalikna mereka yang kalah,” tambah Ngeh.


‘Bukan dosa saya’






Inilah lumrah hidup. Manusia mudah lupa.Hati tak pernah menipu. Tapi kalau terlalu taksub kepadanya, kita mati.


Nafsu!.....Nafsu adalah musuh manusia, tapi tanpa nafsu siapa lah kita. Apabila nafsu menguasai manusia, huru haralah kehidupan dan rosaklah akidah seseorang itu. Lupa segala galanya. Lupa diri, lupa asal usul, lupa tatasusila, lupa adab sopan dan lupa dunia.


Rintihan kehidupan seorang jejaka yang malang. Dia tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak luar nikah (anak haram). Ini lah akibatnya apabila manusia dikuasai nafsu.Disebabkan dosa silam kedua dua orang tua, Mohamad Abdullah, 35, hidupnya seolah olah disumpah laknat seumur hidup.


Ikuti kisah selanjutnya, bacalah artikel seterusnya. "BUKAN DOSA SAYA"


Sedih!.....Sedih!.....Sedih!.....



Koh tolak gesaan berundur, kekal pimpin parti hadapi PRU






Kesian aku tengok mamat sorang ni. Hasrat nak jadi KM Pulau Pinang semula belum kesampaian, tup!....tup!..... disuruh berundur. Bukan orang lain yang desak mamat ni berundur tapi ahli ahli Gerakan sendiri yang mendesak supaya dia undur diri.

Mamat ni diberi dua pilihan - perbaiki keadaan atau berundur oleh Ketua Wanita gerakan, Tan Lian Hoe dalam ucapan dasarnnya - membidas Dr Koh di atas kepimpinannya yang "lemah"

Kesian!.....Kesian!.....Kesian!.....Kena buli dengan perempuan pulak tu

Kesian!.....Kesian!.....Kesian!.....Tatak untong wooo

Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang






'Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang'.

Angan angan tinggi mengunung.....Belum apa apa dah berangan menang. Juak juak UMNO Pulau Pinang semuanya bangang bangang belaka. Tak kan tak ada seorang pun juak juak UMNO Pulau Pinang teringin nak jadi KM? Awat!, orang melayu Pulau Pinang tak layak langsung ke nak jadi KM atau tak ada calun yang berkalibar langsung pada pandangan mata Najib.

Hangpa layak jadi pak turut je la. Tak ada telor, tak berani nak bangkang langsung.

Kah!.....Kah!.....Kah!.....UMNO jadi barua Gerakan

Kah!.....Kah!.....Kah!.....UMNO Kuda Gerakan

60,000 pelajar hadap FB 4 jam sehari



 

Masaallah!....apa sudah jadi?.Sampai 4 jam habiskan masa melayari lama sosial termasuk FB.

Satu kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer sampai 4 jam sehari semata mata nak melayari laman sosial termasuk FB.Tapi dari mana sumber kajian tidak dinyatakan.

Jika kajian ini betul dan tepat, bermakna pelajar pelajar kita berada didalam keadaan tenat dan fenomena ini akan merugikan masa depan mereka.

Rugi!.....Rugi!.....Rugi!....Apa pendapat anda semua?

Kursus keusahawanan 5 jam: Polis jangan bersubahat






Tak masuk akal langsung dengan kenyataan yang dibuat oleh ketua Polis Daerah Sepang. Pelik bin ajaib, pendatang asing diberi kursus keusahawanan?

Apakah  keistimewaan pendatang pendatang asing ini..........sampai pihak polis pun sanggup bersekongkol dengan dia orang. Setahu aku warga asing tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita jadi apakah tujuan sebenar disebalik kenyataan Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan kes ini.

Pening!.....Pening!.....Pening!.....Kepala otak aku

So lu orang carilah jawapannya sendiri......Adakah pihak Polis bersubahat?

Dasar kebangsaan bukan ajaran Nabi






KUALA TERENGGANU - Orang Melayu Islam di negara ini mestilah mendokong kerajaan yang berlandaskan Islam kerana politik tidak boleh dipisahkan dari agama.

Menurut Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerja menegakkan Islam, bukan suatu kerja main-main.
"kerja ini bukan kerja main-main, kerja ni kerja tuntutan daripada Allah,

"Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan,"ujarnya pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) di pantai Pandak Chendering dekat sini, Sabtu 15 Oktober.

MTUC: Akta Kerja hidupkan semula sistem ‘hamba’, tambah jurang pendapatan



KUALA LUMPUR, 15 Okt – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan pihaknya tidak menentang pindaan Akta Kerja 1955 jika membawa kebaikan tetapi membangkang elemen yang boleh menghakis perlindungan, antaranya peruntukan sistem kontraktor tenaga kerja – yang dikhuatiri bakal mengembalikan sistem ‘hamba’ sebelum negara merdeka.
MTUC memutuskan untuk mengadakan piket peringkat nasional pada 3 November ini susulan kepada tindakan yang sama di kawasan Parlimen 3 Oktober lalu.
Badan induk itu mahu mengadakan piket nasional selepas Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (PIndaan) 2011 di Dewan Rakyat minggu lalu dan diluluskan dalam lima jam.
“Bangkangan ke atas kontraktor buruh menyasarkan kepada konsep buruh itu sendiri,” kata Setiausaha MTUC Bahagian Selangor N Gopal Kishnam dalam satu kenyataan hari ini.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com