Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 16 October 2011

‘Bukan dosa saya’






Inilah lumrah hidup. Manusia mudah lupa.Hati tak pernah menipu. Tapi kalau terlalu taksub kepadanya, kita mati.


Nafsu!.....Nafsu adalah musuh manusia, tapi tanpa nafsu siapa lah kita. Apabila nafsu menguasai manusia, huru haralah kehidupan dan rosaklah akidah seseorang itu. Lupa segala galanya. Lupa diri, lupa asal usul, lupa tatasusila, lupa adab sopan dan lupa dunia.


Rintihan kehidupan seorang jejaka yang malang. Dia tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak luar nikah (anak haram). Ini lah akibatnya apabila manusia dikuasai nafsu.Disebabkan dosa silam kedua dua orang tua, Mohamad Abdullah, 35, hidupnya seolah olah disumpah laknat seumur hidup.


Ikuti kisah selanjutnya, bacalah artikel seterusnya. "BUKAN DOSA SAYA"


Sedih!.....Sedih!.....Sedih!.....




TAIPING - “Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah,” ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.
Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.
Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.
“Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com