Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 16 October 2011

Kursus keusahawanan 5 jam: Polis jangan bersubahat






Tak masuk akal langsung dengan kenyataan yang dibuat oleh ketua Polis Daerah Sepang. Pelik bin ajaib, pendatang asing diberi kursus keusahawanan?

Apakah  keistimewaan pendatang pendatang asing ini..........sampai pihak polis pun sanggup bersekongkol dengan dia orang. Setahu aku warga asing tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita jadi apakah tujuan sebenar disebalik kenyataan Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan kes ini.

Pening!.....Pening!.....Pening!.....Kepala otak aku

So lu orang carilah jawapannya sendiri......Adakah pihak Polis bersubahat?

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah SepangSuperintendan Imran Abdul Rahmanberhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah. Superintendan Imran Abdul Rahman mengatakan bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan.

Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis kerana perkara-perkara berikut :

1. 
Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita. Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?

2. 
Pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang.

3. 
Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?

4. 
Dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober 2011. Sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka Rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus 5 jam sahaja(8 pagi – 1 tengahari).

5. 
Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini.

Berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

SUHAIZAN BIN KAIAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA 
KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com