Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday, 3 October 2011

Najib patut malu aset Taib curiga di luar negara





KUALA LUMPUR - Perdana Menterilah yang bertanggungjawab dan kerajaan patut berasa malu apabila aset Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi isu yang mencurigakan di luar negara, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Apabila kerajaan Australia mengambil tanggungjawab mengenai perkara itu di bawah Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Konvensyen PBB menentang Jenayah Terancang Transnasional, ia amat memalukan negara ini," kata beliau sambil membangkitkan bahawa kerajaan Switzerland dan kerajaan German juga memberikan komitmen untuk menyiasat perkara yang sama.

Peti surat bawah laut Bali tarikan pelancongan Indonesia





JAKARTA - Indonesia memperkenalkan peti surat bawah laut pertama di republik ini dan kedua di dunia di Pantai Amed, daerah Karangasem, Bali, mulai semalam sebagai usaha mengembangkan industri pelancongan dan tarikan kepada pelancong yang gemar menyelam.
Syarikat Pos Indonesia melancarkan peti surat tersebut berbentuk gapura atau pintu gerbang berupa tembok batu pintu pagar tempat ibadat dan bangunan mengikut ciri khas terdapat di Pulau Dewata itu.

Jamal cari kebahagiaan





MENGAKUI dirinya pernah menempuhi zaman kegelapan angkara dadah durjana, sekaligus membinasakan diri serta memporak-perandakan mahligai perkahwinan yang dibina sebanyak dua kali, Jamal Abdillah, 53, kini hanya mahukan kebahagiaan bersama anak-anaknya.
Dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu, Osama Yamani,9, dan Ahmad Zaki Yamani,5, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah ingin menjalani kehidupan dengan lebih tenang di samping mereka.

Bukan “Sugar mummy”: Jho tetap bangkitkan kemarahan terhadap Rosmah




Penafian Jho Low  'hartawan muda' Malaysia bahawa Wanita Pertama Rosmah Mansor adalah "mak angkat" atau "sugar mummy" telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia, yang kecewa terhadap pasangan itu yang sering menonjolkan gaya hidup mewah mereka.
Di saat rakyat terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dalam landskap ekonomi negara sekarang, rakyat Malaysia berasa kurang senang dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya menjalani gaya hidup mewah ibarat orang-orang terkaya dan ternama dunia serta menjadikan tempat-tempat seperti Monte Carlo, Dubai dan New York taman permainan mereka.

Kuasa di tangan orang hina




Melihat perkembangan politik semasa umpama membaca kisah dalam epik Mahabharata.

Perhatikan “percaturan” parti-parti politik masa kini dan kita mungkin segera teringat akan epik Mahabharata yang ditulis dalam Bahasa Sanskrit oleh Vyasa antara kurun ke-5 Sebelum Masehi dan kurun ke-2 Masehi.
Epik berkenaan yang diakui sebagai teks puisi terpanjang di dunia mengisahkan perang saudara antara golongan Kauruva (pakatan seratus orang) dan golongan Pandava (pakatan lima orang) berikutan tindakan Kauruva “merampas” kerajaan daripada Pandava secara tipu muslihat.
Antara lain, dikisahkan dalam Mahabharata bahawa pada suatu ketika, Arjuna (ketua Pandava) pergi ke Himalaya untuk mendapatkan senjata sakti. Maka tinggallah Sahadeva, Yudhisthira, Bhima dan Nakula bersama-sama Draupadi di hutan Kamyaka.

MCA lalui zaman gelap




Krisis kepimpinan MCA yang berpanjangan menjadikan parti politik tertua serta terbesar dan paling berpengaruh di kalangan orang Cina itu semakin terpinggir dan kini menuju ke penghujung jalan.

PETALING JAYA: Peranan kaum Cina kepada pembangunan dan kestabilan politik negara sangat besar dan sesiapa pun tidak boleh menafikannya.
Sejak sekian lama, sejak sebelum merdeka lagi, MCA menjadi tunjang kepada pergerakan dan penyatuan masyarakat Cina dalam pembangunan negara bersama Umno dan MIC.

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney





SYDNEY - Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu.

SKMM Tidak Profesyenal, Mengarut?





Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

Semalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."


Malaysia di bawah BN : Demokrasi kelas tiga?




Pentadbiran negara selama ini dimonopoli oleh Barisan Nasional yang nampaknya ingin memegang tampuk pemerintahan selama-lamanya. Rakyat dikawal dan dijerat agar tidak berdaya melawan dengan pelbagai cara.

Penindasan dan kezaliman dipraktikkan manakala pemimpin baru pula digula-gulakan dan diikat kaki supaya tidak ke mana-mana sehingga pembaharuan gagal dilaksanakan. Jenis demokrasi apakah ini?

Tidak hairanlah Malaysia diletakkan di tangga ke-89 dalam amalan demokrasi tulen. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dicemari dan telah menjadikan Perdana Menteri terlalu berkuasa hinggakan institusi istana tidak langsung berkuasa kecuali dalam hal-ehwal agama Islam sahaja.

PAS tuntut penjelasan siapa jual tiga pulau di Sabah





Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Jumaat lalu menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan media baru-baru ini.

Memorandum diserahkan sendiri oleh ketua DPPNS Lahirul Latigu kepada wakil setiausaha politik Ketua Menteri, Noorlaimah Marjan di Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.


Liwat II: Mungkinkah Najib, Rosmah akan tampil?




Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan didengar oleh Makamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Selain mendengar permohonan itu, perbicaraan kes berkenaan akan juga bersambung sepanjang minggu ini.

Difahamkan Anwar telah memfailkan afidavit jawapannya pada Rabu lalu manakala Najib memfailkan jawapannya sebelum hujung minggu. Rosmah, pula difahamkan belum mengemukakan sebarang jawapan.


Dalam Umno masih ada puak, kata Dr M




Ahli Umno perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

"Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.


MCA guna hudud untuk tarik undi, jejas sokongan DAP





MCA, parti komponen Barisan Nasional yang tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu kelihatan terdesak untuk meningkatkan kedudukan dalam BN apabila menjadikan hudud sebagai bahan utama kempen.

Parti Cina utama BN itu dilihat mengambil kesempatan daripada kontroversi yang tercetus dengan memperlihatkan diri sebagai penentang terkuat undang-undang Islam itu, dalam persaingannya dengan DAP, sebuah parti Cina dalam Pakatan Rakyat.

MCA sebelum ini mengugut untuk meninggalkan Umno sekiranya parti itu melaksanakan hudud, pendirian yang turut disuarakan oleh Gerakan, parti Cina yang kubu kuatnya Pulau Pinang ditawan oleh DAP dalam pilihan raya umum yang lalu.


Adun Bentayan mengaku ditawar habuan lompat parti




Habuan itu meliputi wang RM150, 000, 50 ekar tanah, elauan lebih RM5, 000 sebulan serta skuad khas menyelesaikan masalah di Dun berkenaan.

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Johor  Gwee Tong Hiang hari ini mengaku ditawarkan habuan lumayan jika lompat keluar daripada parti DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.
Habuan itu meliputi ganjaran  sejumlah RM150,000, pemberian 50 ekar tanah,  elaun tambahan melebihi RM5,000 sebulan serta skuad khas bagi membantu menyelesaikan masalah kawasan Bentayan termasuk isu majlis perbandaran dan agihan tanah.

Hudud; Umno gigit jari



Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat  Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai. Apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim, mengenai  keputusan perbincangan. Hasilnya  amat mengecewakan pimpinan Umno, kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.

Sekarang Umno gigit jari. Mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariyyah di Kelantan.


Mengapa 'Hukuman mati' diterima sedang hukum hudud ditolak






KEPALA BATAS - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata undang-undang Hudud yang tidak harus dipersoalkan dan mempertahankan pendirian tegas parti itu untuk menerima pakai undang-undang hudud tersebut.

Menurutnya, Umno telah menyebabkan golongan bukan Islam menjadi keliru dan taku kepada undang-undang Islam itu.

"melaksanakan undang-undang hudud sentiasa menjadi perjuangan dalam PAS. Kami akan terus berkempen untuk itu, "katanya ketika merasmikan satu hari PAS sambutan ulang tahun ke-60 di Dewan Milenium di sini hari ini.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com