Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday 3 October 2011

Liwat II: Mungkinkah Najib, Rosmah akan tampil?




Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan didengar oleh Makamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Selain mendengar permohonan itu, perbicaraan kes berkenaan akan juga bersambung sepanjang minggu ini.

Difahamkan Anwar telah memfailkan afidavit jawapannya pada Rabu lalu manakala Najib memfailkan jawapannya sebelum hujung minggu. Rosmah, pula difahamkan belum mengemukakan sebarang jawapan.



Kedua-dua mereka telah diminta oleh pihak pembelaan supaya tampil sebagai saksi.

Anwar pada afidavit jawapannya yang berasingan berhubung permohonan berasingan Najib dan Rosmah berkata pasangan itu diperlukan untuk membantu kes berkenaan bagi menjelaskan beberapa perkara.

Menurut ketua umum PKR itu yang berdepan dengan dakwaan meliwat keduanya sejak 1998, kemungkinan terdapat lebih banyak daripada apa yang didedahkan pada perjumpaan Najib dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Najib telah bertemu dengan Saiful dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu berlaku dan dikatakan telah meminta pengadu membawa aduannya kepada pihak polis.

Bagi Rosmah, beliau juga didakwa pernah berjumpa dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, sebelum kejadian itu.

Meskipun kandungan jawapan Najib masih tidak diketahui, namun ia dipercayai akan cuba mengesahkan bahawa perdana menteri itu tidak mempunyai apa-apa maklumat yang boleh membantu sehingga beliau perlu tampil sebagai saksi.

Tidak diketahui juga sama ada Anwar akan menjawap afidavit terbaru daripada Najib.

anwar saiful bukhari azlan sodomy allegations 300608 desa damansara condominumPermohonan itu akan didengar pada jam 2.15 petang esok.

Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


1 comment:

  1. Walau pun aku dah naik meluat dan getik untuk mengikuti perkembangan Liwat11 ni, namun aku masih terpanggil untuk memberi komen.
    Berani kerana benar, takut kerana tak ada telor.
    Kah....kah.....kah.....!!
    Banganggggggg!!!

    ReplyDelete

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com